Menghiasi kediaman dengan langsir baru sudah menjadi budaya dan fenomena menjelang hari bahagia.Tidak kiralah samada mahu menyambut majlis istimewa atau menjelang sambutan perayaan. Langsir baru akan dipasang sebagai penaik seri rumah kediaman.
Apakah fungsi langsir sebenarnya? Dari manakah sebenarnya budaya memasang langsir di rumah ini?
Langsir merupakan satu alat yang berfungsi sebagai hijab atau penghadang pandangan luar masuk ke dalam rumah. Ia diperbuat dari kain dan digantung diatas jendela atau pintu untuk tujuan hijab tersebut.Budaya ini dipraktikkan sejak zaman Baginda Rasulullah SAW lagi. Pada zaman Baginda, tiada satu rumah pun di kalangan sahabat di Madinah mempunyai penutup pintu.
Setiap pintu rumah para sahabat hanya akan ditutup dengan langsir sahaja sebagai penghadang pandangan luar masuk ke dalam rumah.
Namun, setelah ujudnya penutup pintu dan tingkap, langsir telah menjadi satu perhiasan rumah.
Untuk menjadikan ianya lebih menarik, pemilihan corak dan jenis fabrik amat penting.
Corak dan fabrik langsir yang betul akan menambahkan gaya hiasan dalaman kediaman. Ia bukan membuatkan penghuni berasa lebih selesa. Malah akan menyerikan kediaman yang anda miliki.
RedDiamondHouse berkongsi 7 tips pemilihan langsir untuk kediaman yang lebih berseri.
PERTAMA, Saiz Langsir – Kenal pasti reka bentuk, jenis dan kedudukan pintu dan jendela rumah. Setiap pintu dan jendela mempunyai rekabentuk berbeza mengikut saiz rumah dan keperluan cahaya dan ruang udara.
Bagi saiz jendela yang kecil, pemasangan bidai adalah lebih sesuai. Ia lebih ringkas. Mudah diselenggara. Dan masih mampu menaikkan seri jendela itu sendiri.
KEDUA, Citarasa Sendiri – Usah ketepikan citarasa sendiri. Ia membentuk gaya tersendiri yang menyerlahkan ciri peribadi. Bagi yang inginkan hiasan dalaman bergaya dalam tema kedesaan, inggeris, moden, minimalis, maka pilihlah gaya langsir mengikut rekabentuk dan corak yang sesuai dengan tema yang menjadi pilihan.
KETIGA, Jenis Bilik dan Ruang – Pemilihan corak dan warna memberi gambaran mengenai keperibadian tuan rumah sendiri.
Di ruang tamu, pemilihan corak klasik adalah lebih sesuai untuk meraikan tetamu yang kelainan citarasa berbeza.
Di ruang makan pula, pemilihan yang betul dapat menaikkan kelazatan makanan yang dihidang.
Begitu juga bilik tidur. Corak lembut akan menghasilkan suasana lebih harmoni.
KEEMPAT, Fungsi Langsir – Tetapkan fungsi langsir yang akan diletakkan di ruangan rumah. Kemudian pilihlah jenis desain dan fabrik langsir bersesuaian dengan fungsinya.
Fabrik tebal lebih sesuai jika fungsi langsir adalah untuk menebat haba dan bunyi.
Fabrik lutsinar pula adalah pilihan terbaik bagi menghalang kemasukan terus sinar ultra ungu matahari. Ia juga dapat melindungi penglihatan orang luar dari terus nampak pergerakan dalam kediaman kita sendiri
KELIMA, Pemandangan Luar – Begitu juga kedudukan pintu dan jendela yang menghadap pandangan luar rumah. Jika kedudukannya menghadap pemandangan indah, pemasangan langsir tebal langsung tidak sesuai. Ianya akan menghalang daripada menikmati pemandangan indah tersebut.
Samada pilihan bidai roman atau tetap mahu memasang kain langsir, gunakan fabrik jenis nipis dan jarang seperti renda atau organza.
Atau pilihlah pemasangan langsir berlapis menggunakan fabrik keras didalam dan fabrik nipis pada bahagian luar. Penggunaan langsir seperti ini juga berfungsi sebagai pelindung pergerakan di dalam rumah daripada dilihat orang.
KEENAM, Ketinggian Pemasangan – Untuk tampak lebih eksklusif, gantung langsir jenis tinggi dari ukuran jendela. Padankan kombinasi warna dan corak fabrik mengikut tema dan konsep yang menjadi pilihan.
KETUJUH, Warna – Elakkan penggunaan warna gelap seperti coklat. Ini menjadikan ruang nampak serabut dan sempit.Bagi ruang tamu, pilihlah warna pastel. Ia lebih selamat dan sesuai digayakan dengan apa jua jenis hiasan, perabot dan perincian lain di kediaman.Selain dari itu, warna pastel juga menaikkan seri lebih eksklusif serta elegan.
Jangan lepaskan peluang mendapatkan langsir percuma sebagai Baju Raya Rumah Baru dalam promosi ‘Raya Dengan Kasih Sayang’.Dengan promosi ini, kediaman baru anda nanti akan mendapat langsir percuma bernilai RM7,000.00. Selain dari Baju Raya ini, anda juga diberi Yuran Guaman dan Fee percuma sebagai DUIT RAYA bernilai RM16,000.00.
Tidak cukup dengan itu, bersesuaian dengan rumah baru, Aircond 1.5Hp baru juga akan dipasang PERCUMA. Dapatkan promosi berjumlah RM24,500.00 ini apabila anda melantik RedDiamondHouse membina kediaman baru anda nanti.
Tempoh promosi ‘Beraya Dengan Kasih Sayang’ ini berjalan sepanjang Syawal 1439H.
Hubungi segera RedDiamondHouse melalui talian 0139300025
ATAU
Hadir sendiri ke pejabat kami di Tingkat 2, PT 4937, Bandar Baru Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, Kelantan.
RedDiamondHouse –‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5′