Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Sudah enam dekad negara kita merdeka. Malaysia kini sudah menghampiri mencapai status negara maju. Namun, hakikatnya masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang belum memiliki kediaman mereka sendiri. 62 tahun merdeka, sejauh mana negara kita sudah kehadapan dalam memastikan rakyat di negara ini sekurang-kurangnya mampu berteduh di bawah bumbung yang selesa.

Kenali RedDiamondHouse DISINI.

Bagi rakyat pula, sudahkah anda membuat perancangan untuk memiliki kediaman diatas tanah sendiri?

Persoalannya, bagaimana untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri?

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Rekaan kediaman AZ009022019
Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Rekaan kediaman AZ009/02/2019

RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan mahu berkongsi dengan anda proses untuk membina rumah diatas tanah sendiri.

Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri DISINI.

Untuk membina  rumah diatas tanah sendiri, anda harus mempunyai tanah yang hendak dibangunkan. Pastikan ianya berstatus bangunan. Namun, ada masyarakat yang mempunyai tanah yang berstatus pertanian. Jika hendak bina rumah diatas tanah sendiri yang berstatus pertanian, anda perlu pergi ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tukar status tanah.

Kami di Reddiamondhouse boleh membantu anda untuk menguruskan pindahan status lot tanah daripada pertanian kepada status bangunan.

Apabila tanah berstatus bangunan, anda layak untuk membuat pinjaman (Loan). Bagi penjawat awam, mereka boleh memohon melalui pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).  Pinjaman yang diberi berdasarkan kelayakan gaji dan tempoh mereka berkhidmat. Bagi mereka yang bekerja di sektor swasta pula, pembiayaan rumah boleh dibuat melalui mana-mana bank komersial.

Dalam pada itu, untuk membuat pinjaman (Loan), anda perlu ada pelan bangunan yang diluluskan.

Tidak usah risau, guna sahaja arkitek Reddiamondhouse. Arkitek kami akan menguruskan proses daripada awal hingga siap segala urusan. Setelah proses kelulusan pelan bangunan siap, bolehlah ke proses selanjutnya. Arkitek dan peguam kami akan menguruskan segala urusan kerana mereka adalah yang terbaik dalam bidang masing-masing.

Proses binaan akan bermula selepas kelulusan pinjaman sudah ada. Proses pembinaan biasanya mengambil masa antara 12 hingga 18 bulan maksimum.

Konklusinya, kami akan menguruskan segala urusan dari awal hingga akhir untuk anda.Ini termasuklah urusan berkaitan arkitek dan peguam.Segala urusan kami berikan kepada anda secara terperinci dan bertulis dalam bentuk hitam putih.

Cadangan Kediaman Yang Ingin Dibina DISINI.

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Reddiamondhouse Machang
Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Reddiamondhouse Machang

Jadi kepada anda yang ingin bina rumah atas tanah sendiri, Reddiamondhouse boleh merealisasikan kediaman impian anda dengan harga yang WOW. Bertepatan dengan misi kami iaitu , kami bina rumah anda umpama kami bina rumah kami sendiri kerana ‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’. Bukan itu sahaja, kami juga amat menitikberatkan kualiti bahan binaan. Oleh sebab itu, kami berikan ‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5’ kepada anda.

Jadi, anda tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak membina rumah atas tanah sendiri dengan kami kerana kami berikan yang terbaik untuk anda. Jom Bina Rumah bersama REDDIAMONDHOUSE !

Follow by Email
YouTube
Instagram