Anda mungkin tidak mengetahui nama mahupun jenis pintu yang ada dalam kediaman anda. RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan kali ini mahu mengajak anda mengenali jenis- jenis pintu yang biasa digunakan dalam pembinaan kediaman mahupun bangunan komersial yang lain.
Pintu merupakan suatu bahagian bangunan yang sangat penting. Ia merupakan bukaan pada dinding. Ini bagi membolehkan akses keluar masuk ke dalam sesebuah bangunan atau di antara bilik-bilik dalam bangunan itu. Pintu ada dua bahagian utama iaitu kerangka pintu dan daun pintu. Terdapat beberapa bahan yang digunakan dalam pembinaan pintu iaitu :
- Kayu
- Logam
- Kaca
- Plastik
Antara faktor yang dipertimbangkan dalam pembinaan pintu :
- Penghubung antara ruang.
- Pengekalan bentuk dan kekuatan.
- Privasi.
- Keselamatan.
- Penebat haba.
- Penebat bunyi.
- Perintang api.
- Perintang Cuaca
- FLUSH DOOR (PINTU RATA)
Jenis pintu ini paling banyak digunakan dalam pembinaan. Sering juga disebut sebagai ‘kupu – kupu’. Ianya jenis pintu dibuka atau ditutup dengan cara ditolak atau ditarik. Hampir semua rumah menggunakan pintu ayun.
Ini kerana engsel lebih mudah untuk di pasang. Kelemahan pintu ini adalah ia memerlukan ruang yang besar. Terutamanya ketika pintu ini di buka dan ditutup. Biasanya diperbuat daripada kayu, plastik dan aluminium.
Lihat Spesifikasi Binaan Reddiamondhouse.
Selain itu, ia dipasang bergantung kepada tempat yang ingin di gunakan. ‘Flush Door’ terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
- Cellular Core Flush Door (Pintu Rata Berliang)
- Skeleton Frame Flush Door (Pintu Rata Berangka)
- Solid Core Flush Door (Pintu Rata Pepejal)
- PANEL DOOR (PINTU PANEL)
- MATCHBOARD / LEDGED DOOR (PINTU KAYU BEROTI)
Pintu Kayu Beroti ini diperbuat daripada papan beroti yang bertanggam lidah dan lurah. Namun, untuk menambahkan kecantikan papan beroti, alur ‘V’ dibuat dengan mencuramkan tepi papan.
Lihat Portfolio Reddiamondhouse disini.
- FRENCH DOOR (PINTU PERANCIS)
Pintu Perancis biasanya diperbuat daripada kayu. Pintu ini dirakit daripada banyak potongan-potongan kaca. Pintu ini juga memiliki mullions, atau elemen dekoratif struktural yang dirancang untuk memisahkan kaca jendela yang berdekatan.
- LOUVERED DOOR (PINTU RAM)
Pintu Ram adalah hampir sama dengan Pintu Panel. Perbezaannya terdapat pada bahagian panel digantikan dengan Ram yang tidak boleh laras. Ram kayu curamnya 45 ̊ – 60̊, setebal 12mm – 15mm dipasang kepada sisi. Ia dilakukan dengan memasukkan kedua – dua hujung Ram ke dalam lurah sisi bingkai.Kemudian, digam dan diapit supaya tegap dan kukuh. Pintu Ram biasanya mempunyai satu atau dua panel. Ia sangat sesuai digunakan sebagai pintu bengkel atau pintu dapur.
- SLIDING DOOR (PINTU GESER)
Pintu ini dikenali sebagai ‘Sliding Door’. Cara membukanya adalah dengan menggeser pintu ke kiri dan kanan. Pintu Geser ini biasa digunakan pada ruang yang sempit kerana tidak memerlukan ruang untuk mengayunkan pintu seperti Pintu Ayun atau Pintu Rata. Pintu Geser mulai banyak digunakan pada almari pakaian kerana lebih kemas. Namun kekurangannya adalah pemasangannya lebih sulit dan memerlukan struktur kerangka yang kuat untuk menggantung. Pintu ini biasanya diperbuat daripada kaca dan kayu.
- ROVOLVING DOOR (PINTU PUTAR)
Pintu Putar terdiri daripada tiga atau empat pintu.Ia digantung pada aci tengah dan berputar di sekitar paksi menegak dalam kurungan berbentuk silinder. Pintu Putar adalah tenaga yang cekap kerana ia menghalang draf (melalui bertindak sebagai udara ), sekali gus menghalang peningkatan pemanasan atau penyejukan yang diperlukan untuk bangunan itu. [Pada masa yang sama, Pintu Putar membolehkan sejumlah besar orang masuk dan keluar.