Ramai mahu mempunyai rumah sendiri. Ada yang menggunakan wang simpanan. Ada juga yang ambil kemudahan pinjaman.
Di Malaysia, terdapat dua jenis pinjaman untuk membeli atau mendirikan rumah.
Bagi penjawat awam, mereka boleh memohon melalui pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Pinjaman yang diberi berdasarkan kelayakan gaji dan tempoh mereka berkhidmat.
Kadar faedah pinjaman sangat rendah. Hanya 4% sahaja. Keistimewaan pinjaman ini, peminjam dibenarkan membuat pinjaman sehingga berumur 90 tahun.
Bagi mereka yang bekerja di sektor swasta pula, pembiayaan rumah boleh dibuat melalui mana-mana bank komersial.
Untuk membuat pembiayaan, hartanah perlu dinilai dahulu.
Bagi memproses pembiayaan ini, laporan lengkap daripada badan penilai yang bertauliah diperlukan. Kebiasaan bank mempunyai panel penilaian mereka sendiri.
Penilaian hartanah adalah penting bagi membantu bank mengetahui nilai pasaran hartanah. Nilai inilah yang akan bantu mereka membuat keputusan berapa nilai pinjaman yang mahu diluluskan.
Untuk melancarkan proses pembiayaan ini, pemohon perlu menyediakan dokumen seperti berikut :
- Dokumen perjanjian jual beli atau S&P
- Salinan Resit bukti pembayaran deposit.
- Salinan kad pengenalan
- Dokumen sokongan pendapatan seperti slip gaji dan Penyata Cukai Pendapatan atau Borang J
- Dokumen lain yang diperlukan oleh pegawai bank bagi menguatkan sokongan bagi pembiayaan.
- Salinan Lesen CIDB Kontraktor yang dilantik
- Penyata Bank Kontraktor
Bagi anda yang ingin membina rumah menggunakan pembiayaan, usah risau, RDH PROPERTY SDN BHD mempunyai pengalaman membina kediaman melalui pembiayaan daripada sektor swasta mahupun sektor awam.
Bukan sahaja bantuan khidmat nasihat pembiayaan pinjaman, kami juga membantu memudahkan urusan pelanggan dengan pihak-pihak yang terlibat sepanjang proses tersebut.
Sempena Syawal ini, anda berpeluang mendapat Duit Raya RM16,000.00 bagi caj yuran guaman, S&P dan kelulusan pelan bangunan.
Anda juga bakal mendapat Baju Raya bernilai RM7,000.00 berupa langsir bagi binaan kediaman 2000kps nanti. KPS dan keatas.
Malah penghawa dingin percuma berharga RM1,500.00 jenama Acson 1.5hp juga akan dipasang di kediaman baru itu nanti. Bagi mereka yang mencetak poster ini semasa datang berurusan dengan kami di pejabat nanti.
‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’, jadi kami buat juga promosi ‘Beraya Dengan Kasih Sayang’ juga.
Usah bimbang tentang spesifikasi bahan binaan kediaman baru nanti. Kami selalu memberi ‘Barang 5 bintang, harga kaki 5’.
Itulah antara sebab, ramai pelanggan sangat gembira memilih kami.
‘Beraya Dengan Kasih Sayang’ sedang berjalan sepanjang Syawal 1439H.
Hubungi segera RedDiamondHouse melalui talian 0139300025
ATAU
Hadir sendiri ke pejabat kami di Tingkat 2, PT 4937, Bandar Baru Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, Kelantan.