Panduan memilih warna bilik tidur yang sesuai untuk anak-anak
“Along mahu warna ini untuk bilik tidur along.”
“Warna itu terang sangat Along. Ini ayah sudah pilih warna putih. Biar bilik tidur Along nampak besar dan bersih.”
“Tak mahulah ayah. Warna putih ini bosan. Dari kecil, bilik Along asyik dicat warna putih sahaja. Along sudah remaja, berilah along pilih sendiri warna untuk bilik Along pula.”
Anak-anak mempunyai citarasa tersendiri apabila meningkat dewasa. Mereka lebih teruja menggunakan idea sendiri dalam memilih warna dan gaya hiasan dalaman untuk ruang bilik mereka.
Terutamanya di bilik tidur yang merupakan tempat belajar, berehat dan melakukan aktiviti santai sesuai dengan sifat keremajaan mereka.
Namun, sebagai ibu bapa pula, kita sering gusar andai pilihan warna anak-anak tidak sesuai dengan citarasa kita sendiri.
RedDiamondHouse- Kontraktor Bina Rumah Kelantan, berkongsi panduan memilih warna cat dinding yang sesuai untuk ruang tidur anak.
1) Warna yang terang amat disukai remaja masa kini seperti navy blue, biru, oren dan ungu. Ibu bapa boleh memberi sedikit kelonggaran kepada mereka untuk memilih warna kegemaran mereka. Kadang-kadang, gabungan warna yang tidak relevan mampu hasilkan gabungan yang cantik.
2) Warna hitam masih juga boleh digunakan. Tetapi haruslah diolah penggunaannya agar ianya tidak menjadi suram. Untuk memberi impak ceria, padanan warna hitam putih dapat menghasilkan suasana ruang yang lebih moden.
3) Remaja perempuan menyukai bilik tidur berwarna ungu. Warna ungu memberikan suasana keceriaan dan kesegaran pada bilik. Ia juga bersifat moden dan juga membawa mood romantik. Warna ungu boleh dipadankan dengan perabot hitam dan sentuhan sedikit pencahayaan untuk menaikkan seri.
4) Warna merah jambu juga amat digemari oleh remaja perempuan. Merah jambu dikaitkan dengan keremajaan dan keseronokan. Untuk menampakkan tidak terlalu kebudak-budakan, gunakan perabot yang moden. Selain itu, boleh juga gunakan aksesori yang sesuai dengan ruang bilik berwarna merah jambu.
5) Bilik tidur anak lelaki boleh cuba guna warna ‘Beige’ atau navy blue. Remaja lelaki lebih suka kepada warna neutral atau pastel. Namun, untuk membawa keceriaan kepada bilik, manipulasikan bilik tersebut dengan gabungan cadar, karpet dan aksesori lain.
6) Wallpaper atau mural juga amat digemari rekaan . Penggunaan unsur seperti ini amat sesuai bagi dinding wang di cat dengan warna yang cair.Gunakan aksesori dekorasi seperti gitar, piala dan sebagainya.
Hubungi segera RedDiamondHouse melalui talian 0139300025 atau hadir sendiri ke pejabat kami di Tingkat 2, PT 4937, Bandar Baru Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, Kelantan.
RedDiamondHouse –
‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’
‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5’
#reddiamondhouse #kamibinadengankasihsayang #bare5bintanghargakaki5 #rumahmampumilikhargaWOW