Warna hijau menjadi pilihan popular masa kini terutamanya dalam mendekorasi ruang. Sinonim dengan alam semulajadi. Ia merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran dan kesuburan. Rona warna hijau ini amat sesuai digunapakai tidak kira apa gaya dan bajet anda.
Warna hijau ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya hijau pucuk pisang, hijau zaitun dan hijau lumut. Jadi, hanya tinggal pilih sahaja warna yang menarik perhatian anda. Mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna lain.
Jangan pula terlalu ghairah menghias ruang kediaman anda dengan warna hijau. Hadkan penggunaannya pada ruangan anda agar tidak keterlaluan dan menyakitkan mata.
Mengapa Memilih Warna Hijau?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk diaplikasikan pada ruang kediaman anda. Ini kerana warna ini mencerminkan keseimbangan dan keharmonian pada ruang kediaman. Rona warna hijau ini juga mampu memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan buat seisi keluarga. Selain itu, pilih rona warna hijau yang bersesuaian dengan mood anda untuk menikmati kesan yang positif buat anda sekeluarga.
RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan nak berkongsi dengan anda berkenaan rona warna hijau yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kini. RedDiamondHouse, memberikan contoh beberapa ruang dengan rona warna hijau.
- Ruang Tamu.


Rekaan Kediaman Terkini RedDiamondHouse DISINI.
Untuk bahagian ruang tamu, fokuskan kesebuah perabot. Ini kerana ia mampu menjadi tumpuan atau focal point buat ruang tamu anda. Bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna, biarkan dinding polos. Selain itu, bagi melengkapi gaya dekorasi ruang tamu anda, pilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani. Ini supaya ruang tamu kelihatan menyerlah dan nyaman. Penggunaan perabot dengan warna hijau mampu menjadi focal point untuk ruang tamu.
- Ruang Makan.

Buat penambah seri ruang makan, langsir hijau digantung. Tumbuhan hijau dalam pasu kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
- Ruang Dapur.

Seperti gambar dia atas, dua rona warna hijau pada cabinet dan dinding dapur. Counter top putih dan aksesori putih membuatkan ruang dapur kelihatan rapi. Selain itu, ia menjamin kesegaran yang dan mengikut trend masa kini.

Counter top putih dan kabinet hijau amat sepadan digandingkan bersama. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
- Bilik Tidur.


Bilik tidur merupakan ruang istirehat buat setiap orang. Aura yang tenang dan nyaman amat diperlukan. Ia mudah dicapai sekiranya menggunakan rona warna hijau ini.
- Bilik Air.

Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi, ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding mozek berwarna putih agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.