PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMILIKI PENGHAWA DINGIN (BAHAGIAN 1)

 

Penghawa Dingin.

Penghawa Dingin berfungsi memindahkan haba panas daripada dalam rumah ke luar bagi memastikan rumah sentiasa sejuk. Penghawa dingin juga mengeluarkan udara sejuk kedalam rumah dengan menarik haba keluar dari ruang udara tersebut. Fungsi antara penghawa dingin dan peti sejuk adalah sama. Ia bukan sahaja menyejukkan kawasan yang kecil malahan dapat menyejukkan keseluruhan bilik, rumah atau ruang pejabat. Penghawa dingin menggunakan bahan kimia yang menukarkan gas kepada cecair dan kemudian berubah menjadi gas semula. Penggunaan bahan kimia adalah untuk memindahkan haba dari udara di dalam kawasan yang bertutup ke luar. Penghawa dingin terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu kompresor, kondensor dan penguap. Unit Kompresor dan kondensor diletakkan di luar rumah. Ia dikenali sebagai outdoor unit. Manakala penguwap pula terletak di dalam rumah. Dikenali sebagai indoor unit.  

5 Perkara dan 1 Bonus yang perlu diketahui sebelum membeli penghawa dingin.

  1. Selepas 13 tahun ke atas, penghawa dingin akan rosak secara kekal. Untuk membaikinya memerlukan kos yang mahal.
  2. Sebelum membeli penghawa dingin, perlu tahu di mana unit dalam dan unit luar mahu diletakkan. Pilih saiz yang betul kerana sistem air-cond yang terlalu besar atau terlalu kecil akan membazirkan tenaga.
  3. Kenalpasti berapa hp yang diperlukan untuk sesuatu ruang dengan mengambil kira peralatan yang akan digunakan dalam ruang tersebut. Terutama peralatan yang akan menjana haba seperti computer, pencetak, peti ais dan sebagainya.
  4. Juga berapa ramai penghuni yang akan berada dalam ruang tersebut.Kerana setiap manusia akan melepaskan haba melalui penafasan dan kulit tubuh mereka. Semakin ramai penghuni, semakin besar hp yang diperlukan.
  5. Kedudukan tingkap diruang tersebut. Terutama jika tingkap itu berada dikedudukan matahari naik diwaktu pagu atau matahari turun sewaktu petang. Sinaran matahari akan mengeluarkan haba dan haba itu akan memasuki ruang melalui tingkap  yang ada.

1 tambahan bonus yang anda tidak boleh lepaskan.

Apabila anda membina kediaman dengan RedDiamondHouse, kediaman anda akan dipasang 1 unit penyaman udara dengan kuasakuda 1.5hp. Pemasangan penyaman udara yang bernilai RM1,500.00 ini akan diberi percuma apabila anda membawa Baucer Beraya Dengan Kasih Sayang semasa hadir  di pejabat RDH  sepanjang Syawal nanti. Jangan lepaskan peluang ini. Selain dari Penyaman Udara, anda juga akan diberi DUIT RAYA bernilai RM15,000.00 untuk bayaran guaman dan perjanjian S&P. Malah, anda juga bakal mendapat BAJU RAYA berupa langsir bernilai RM7,000.00 untuk kediaman baru anda nanti. DUIT RAYA + BAJU RAYA + PENYAMAN UDARA – semuanya berjumlah RM24,500.00 – menanti untuk pelanggan sepanjang Syawal ini Tempoh promosi Beraya Dengan Kasih Sayang ini berjalan sepanjang Syawal 1439H. RedDiamondHouse – ‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’ ‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5’
Follow by Email
YouTube
Instagram