Permohonan Latihan Industri di RDH PROPERTY SDN.BHD

RDH PROPERTY SDN BHD, sebuah syarikat binaan yang sedang berkembang menawarkan peluang Latihan Industri untuk pelajar daripada IPTA/ IPTS tempatan.

Permohonan bagi penggal Disember 2018 hingga April 2019 kini dibuka kepada pelajar dari  bidang seperti berikut:

  1. Kejuruteraan Awam (Civil Engineering)/ Bangunan (Building)/ Pembinaan (construction)/ Berkaitan.
  2. Senibina (Architecture)/ Rekabentuk Grafik (Graphic Design)/ Berkaitan.
  3. Pemasaran (Marketing)/ Perniagaan (Business)/ Berkaitan.
  4. Sumber Manusia (Human Resources).
  5. Perakaunan (Accountancy)

Permohonan boleh dibuat melalui email kepada  hr@reddiamondhouse.com.my sebelum 30 September dengan rujukan ‘PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI’.Lampirkan juga

  1. Surat Rujukan Latihan Industri daripada institusi pengajian,
  2. beserta resume terkini lengkap dengan gambar berukuran pasport serta transkrip terakhir keputusan peperiksaan.

Tawaran kepada pelajar berjaya akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan Oktober 2018. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Cik Azu, Unit HR di talian 09-9544116.

Follow by Email
YouTube
Instagram