PILIH LANGSIR MENGIKUT KESESUAIAN DINDING

Kadangkala sebagai manusia kita terlepas pandang akibat rambang mata.Memilih itu dan ini untuk membuatkan kediaman lebih cantik.Dek rekaan yang berbagai dan corak kemasan yang membuatkan kita rambang mata.Ini adalah masalah yang sering berlaku.Namun begitu, tidak menjadi masalah jika kita tahu apa yang sepatutnya kita pilih.

RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan memberikan beberapa tips sesuai kepada anda yang ingin menghias jendela kediaman.

1.Dinding Rendah

 Ambil tahu mengenai dinding rumah anda.Adakah ianya berdinding rendah atau berjendela tinggi?Jika kediaman anda mempunyai siling rendah, usah bimbang.Anda boleh menutup keseluruhan dinding  dengan langsir supaya nampak lebih luas dan tinggi.

Ini membantu menyerlahkan tata hias yang lebih kemas.Selain itu, ia nampak lebih elegan seperti hotel lima bintang.

Cari corak yang jejalur.Ia boleh disusun secara vertical (menegak) mahupun horizontal (melintang).Hasilnya, ruang akan menjadi lebih luas daripada yang sebenar.Ia terjadi daripada  apabila garisan itu memberi ilusi kepada mata.

2. Dinding Tinggi

Jendela pada setiap kediaman mempunyai perbezaan.Kadangkala kita lupa jendela kita berbeza dengan kediaman lain.Kain langsir akan jadi senteng apabila kediaman anda mempunyai jendela yang tinggi.Tidak menjadi kesalahan bagi anda yang mahu menambah fabrik di bawah mahu pun ¾ daripada kaki fabrik langsir.Tambahkan 6 inci hingga 9 inci lebar kain tambahan dan jahitlah dengan kemas sambungannya agar membentuk  garisan mewah di atas teks kain tersebut.

Jika bermain dengan kertas dinding atau ‘wallpaper’, tidak salah kalau memilih corak flora dan fauna.Lebih – lebih lagi yang bercorak samar atau ilusi pokok menjalar tinggi bagi kanak-kanak.Ini supaya menampakkan dinding kelihatan lebih tinggi dan menarik selain disempurnakan dengan hiasan yang ideal.Amat digalakkan gantungan secara vertikal.

3. Dinding Sebagai Jendela

Kediaman masa kini sering dilitupi dengan cermin  jarang pada hampir keseluruhan dinding.Ini kerana, kebanyakan kediaman sekarang lebih terikut dengan gaya ‘Urban’.Bidai Roman boleh digunakan untuk menutup jendela.Ia juga didatangkan dengan pelbagai corak dan boleh dipadankan dengan kemasan lembut.

Kelebihannya terletak pada corak dan warna yang mana boleh ditukar-tukar oleh pemiliknya.Bidai horizontal boleh juga anda gunakan.Ia bagi menyukat cahaya yang tidak diperlukan dengan lebih berkesan

4. Padanan Yang Sesuai

Sebelum memilih langsir, ambil tahu mengenai warna dinding pada kediaman anda.Adakah ia sesuai atau tidak?Apakah jenis kemasan dan warna yang dipilih? Kesesuaian pada ruang juga perlu diambil berat.Contohnya, ruang anda dipadankan dengan rona tanah berkonsepkan harmoni.

Elakkan memilih rona yang bertentangan dengan warna yang mendominasi ruang.Ini supaya focus pandangan mata anda tidak tertumpu pada hanya satu ruang.Jadi, pilihlah rona warna yang sesuai pada ruangan anda agar kelihatan menarik.

Tidak lupa juga pada ruang yang sarat dengan hiasan dan corak dari kertas dinding.Elakkan mengenakan langsir yang bercorak sarat dan berwarna terang.Gunakan rona pastel yang lebih tenang.Pastikan jendela anda mampu memberikan pencahayaan yang sempurna.Selain itu, pilih langsir yang renda jika kediaman anda tidak menghala kearah matahari.Ini dapat menghalang cahaya semulajadi secara penuh.

5. Kesilapan Yang Sering Berlaku

Kadangkala, ada dalam kalangan kita yang silap buat pemilihan rekaan langsir.Sekaligus, mereka tidak mengambil kira keserasian rekaan langsir dan konsep kediaman.Antara kesilapan lazim yang sering berlaku adalah :

  • Memilih langsir swag pada kediaman yang mempunyai siling rendah dan sempit.
  • Memilih langsir yang berwarna kontra dengan dinding.
  • Memilih aras langsir yang senteng.
  • Memilih langsir ropol ala kedesaan dan dipadankan dengan gaya moden.
  • Memilih kain bercorak sarat untuk langsir rekaan klasik berswag.

RedDiamondHouse sedang mengadakan PROMOSI HEBAT sempena penghujung tahun ini.

Tempoh promosi ‘Langsir Rumah Baru’ ini berjalan sepanjang bulan November hingga Disember 2018.
 

Layari Laman web RedDiamondHouse di www.reddiamondhouse.com.my untuk info yang terkini.

Klik link ini : http://reddiamondhouse.wasap.my/ untuk sebarang pertanyaan lanjut.

ATAU

Hadir sendiri ke pejabat kami di Tingkat 2, PT 4937, Bandar Baru Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

Terima kasih kepada anda yang menghebahkan paparan ini.Semoga mendapat ganjaran yang baik buat kita bersama.

RedDiamondHouse –‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5′

#kamibinadengankasihsayang
#bare5bintanghargakaki5
#KamiLimited
#langsirrumahbaru

Follow by Email
YouTube
Instagram