“Baik. Saya setuju dengan terma dan syarat. Bila boleh mula?” Puan Siti bertanya dalam keseronokkan. Beliau menyewa rumah hampir lima tahun. Sudah menyimpan hasrat untuk membina rumah sendiri semenjak awal tahun lagi.
“Sebelum bermula, kita tandatangan S&P dahulu ya Puan.” Terang Cik Azu.
“S&P itu apa?” tanya Puan Siti kehairanan.
S&P atau Sale and Purchase Agreement adalah dokumen perjanjian jual beli. Ia merupakan dokumen utama yang perlu ditandatangani sebaik sahaja pelanggan sudah bersedia untuk membina rumah mereka. Tanpa S&P, proses pembinaan rumah Puan Siti tidak lengkap.
S&P juga adalah dokumen wajib yang perlu ada apabila Puan Siti mahu mengambil pembiayaan bagi membina rumah pertama.
S&P disediakan oleh peguam yang dilantik pelanggan. S&P perlu ditandatangani oleh kedua belah pihak iaitu pembeli rumah dan kontraktor yang dilantik mereka.
“Kena bayar ke bila sign S&P ni?” tanya Puan Siti.
Cik Azu tersenyum, lalu menjawab. “Ada Puan Siti. Tapi Puan tidak perlu bimbang. Bila Puan sign dalam bulan syawal ini, kos tersebut RedDiamondHouse akan tanggung.”
Sebenarnya ada tiga kos dalam S&P. Iaitu kos guaman dalam penyediaan dokumen S&P, kos mati setem dan kos urusan pengeluaran wang pembiayaan nanti.
“Berapa jumlah kos tersebut?”
“Dalam kes puan, jumlah keseluruhan adalah dalam RM14,000.00. Tapi puan tidak perlu risau. Di bulan Syawal ini, kami ada promosi ‘Beraya Dengan Kasih Sayang’. Puan tidak perlu bayar. RedDiamondHouse tanggung semua kos tersebut.” Kata Cik Azu lagi.
“Wah, macam dapat duit raya di bulan raya. Baik, mohon RedDiamondHouse sediakan S&P. Saya mahu sign pada bulan Syawal ini.” Puan Siti menjawab gembira.