STRUKTUR LANTAI

Kali ini, RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan nak berkongsi dengan anda mengenai Papak Lantai yang pertama atau dikenali juga ‘First Floor Slab’.

Papak Lantai ini dibina diatas tanah. Kebiasaamya ia terdiri daripada :

  1. Lapisan Asas.
  2. Lapisan Kedap.
  3. Lapisan Kalis Lembap (DPM).
  4. Lapisan Konkrit.
  5. Lapisan Kemasan.

1. Lapisan Asas.

Terdiri daripada batu kelikir, atau tanah yang telah dimampatkan. Lapisan asas ini berfungsi mengurangkan kenaikan air yang akan melembapkan lapisan tapak konkrit di samping menaikkan aras lantai untuk menerima tapak konkrit. Tebal lapisan asas berubah daripada 100 mm hingga 300 mm.

Follow by Email
YouTube
Instagram