Bukan mudah untuk mendapatkan kontraktor binaan yang boleh dipercayai dan dapat melaksanakan kerja pembinaan dengan baik . Ini kerana pemilihan kontraktor memberi impak yang besar dalam kelancaran proses pembinaan.Pemilihan kontraktor yang lebih pengalaman amatlah disyorkan.
Kami berikan 3 tip penting yang dapat dijadikan panduan untuk anda mencari dan memilih kontraktor pembinaan yang boleh dipercayai berdasarkan rekod dan pengalaman mereka.
- Kontraktor yang dipilih mestilah kontraktor yang berdaftar dengan CIDB.
Carian Kontraktor : http://cimsapp.cidb.gov.my/SMIS/regcontractor/reglocalsearchcontractor.vbhtml
Pastikan Kontraktor Mempunyai Lesen Perniagaan / Lesen Kontraktor.
a) Pilih kontraktor yang mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berdaftar dengan pendaftar perniagaan samada lesen ROB (enterprise) atau ROC (sendirian berhad).
- b) Kontraktor mestilah berdaftar dengan CIDB.
b) Pastikan juga lesen kontraktor sekurang-kurangnya kelas F atau E sebagai bukti bahawa mereka adalah kontraktor yang berdaftar.
c) Selidik samada kontraktor berkenaan menjadi ahli persatuan binaan atau pemborong binaan.
- Mempunyai rekod dan pengalaman.
Mengetahui Rekod Kerja Dan Profil Syarikat.
a) Lakukan soal selidik untuk mengetahui berkenaan kontraktor yang hendak dipilih.
b) Meminta mana-mana kontraktor memberikan rekod kerja mereka seperti portfolio atau profil syarikat.Daripada sumber ini anda boleh membuat penilaian anda sendiri berkenaan hasil kerja mereka.
c) Buat pilihan kepada kontraktor yang mempunyai rekod hasil kerja binaan banglo sahaja atau yang banyak bina banglo.
- Mempunyai cara hubungi yang jelas dan tepat.
- Kontraktor yang bagus mempunyai cara untuk menghubungi mereka dengan jelas dan tepat
- Mempunyai alamat premis urusniaga yang tepat samada pejabat mahupun rumah.
- Kontraktor yang bertauliah mempunyai kad perniagaan mereka sendiri.Minta kad pernigaan daripada kontraktor anda.Kaedah ini penting untuk melihat maklumat seperti alamat premis perniagaan,cara untuk menghubungi mereka dan lokasi perniagaan mereka.Lebih elok jika anda boleh dapatkan website atau blog.Ini dapat memudahkan anda untuk melihat info dan butiran terkini mereka.
- Pastikan nombor yang diberi,alamat serta email yang diberi adalah sah dan dapat dihubungi.Jika ianya mudah untuk dihubungi, mereka adalah kontraktor yang mempunyai perniagaan yang jujur.
RedDiamondHouse boleh dihubungi melalui talian 0139300025
ATAU
hadir sendiri ke pejabat kami di Tingkat 2, PT 4937, Bandar Baru Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, Kelantan.
RedDiamondHouse –
‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’
‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5’