WORLD QURAN HOUR SEMANGAT 10 HARI RAMADAN

Hanya tinggal dua hari lagi untuk sambutan program tahunan World Quran Hour yang akan diadakan pada Rabu 22 Ramadan 1439H bersamaan 7hb Jun 2018.

 

Matlamat World Quran Hour ini untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran. Program ini juga mahu menjadikan al-Quran sebagai tali untuk menyatukan ummah seluruh dunia.

 

Visi World Quran Hour ini adalah menjadikan Al-Quran sebagai islah dalam membentuk ciri-ciri muslim sejati berasaskan kerangka fikir Al-Quran

 

Misinya World #QuranHour ini adalah untuk mensasarkan 100 juta ummah seluruh dunia untuk berinteraksi dengan Al-Quran disamping menyebarkan kebaikan dan membuat perubahan dalam diri.

 

Melalui program ini, umat Islam berpeluang untuk meluangkan masa selama dua jam sehari untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran.

 

Program ini dapat mendidik umat Islam supaya sentiasa membaca al-Quran secara berterusan pada setiap hari dan bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja.

 

World Quran Hour yang akan diadakan selama dua jam bermula jam 11 pagi pada Rabu 7 Jun ini bersamaan 22 Ramadan. Kali ini lokasi di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor dengan membawa tema ‘Dunia Berbudi dan Penyayang’

 

Tinggal dua hari lagi sebelum World Quran Hour berlansung.

 

RedDiamondHouse mengajak seluruh warga Malaysia untuk bersama World Quran Hour meraih semangat 10 hari diberkati dalam bulan Ramadan, seluruh dunia.

Follow by Email
YouTube
Instagram