5 PERKARA DALAM MEMILIH KEMASAN TINGKAP

Fungsi tingkap adalah memberi sinaran cahaya, haba dan udara masuk ke ruang. Tingkap yang cantik akan lebih menarik apabila dengan kemasan yang tepat.

Antara kemasan yang popular digunakan adalah langsir. Untuk memilih langsir yang baik, RedDiamondHouse kongsikan 5 perkara untuk difikirkan dalam memilih kemasan jenis ini.

  1. Jumlah Cahaya Di Ruang Sedia Ada

Pilih langsir yang punya beberapa lapisan. Ini dapat membantu mengolah kandungan cahaya dalam situasi formal atau tidak formal. Rekaan fabrik yang beralun akan nampak lebih cantik.

  1. Kemasukan Cahaya Yang Cukup

Untuk kemasukan cahaya yang cukup, pilihlah fabrik yang ringan dan jarang. Fabrik sheer adalah paling sesuai. Untuk suasana ruang yang lebih formal, pastikan fabrik yang dipilih dapat mengawal cahaya sepenuhnya.

  1. Keseimbangan Ruang Di Tingkap

Untuk langsir tergantung cantik, gantunglah pada ketinggian 6 inci di atas bingkai tingkap. Pastikan juga ada ruang untuk cukup dibahagian tepi langsir bagi mengikat langsir ke tepi atau apabila langsir di tarik ke tepi.

  1. Konsep Dan Stail Dekorasi Ruang

Pastikan kemasan langsir sesuai dengan rekabentuk tingkap.  Bagi ruangan formal, pilihlah fabrik yang panjang sehingga mencecah ke paras lantai. Pilihan fabrik harus berkualiti dengan rekaan kemas dan cantik dimata. Untuk ruangan tidak formal pula, pilihlah fabrik yang tergantung pada paras tingkap. Ini dapat membantu ruang tampil lebih santai.

  1. Sediakan Bajet Yang Sesuai

Tidak kira samada bajet besar atau ketat, pemilihan penggayaan haruslah sesuai dan menepati citarasa anda.  Bila ada bajet besar, pilihlah fabric berkualiti dan tahan lama. Jika tidak, olah sahaja kreativiti dengan memilih corak dan motif menarik. Agar masih dapat menampilkan kemasan tingkap yang lebih menyerlah.

Promosi Syawal RedDiamondHouse bernilai RM24,500.00 akan tamat 14 Julai 2018 nanti. Ini termasuk Baju Raya Berupa Kain Langsir bernilai RM7,000.00.

Hubungi segera RedDiamondHouse melalui talian 0139300025 atau hadir sendiri ke pejabat kami di Tingkat 2, PT 4937, Bandar Baru Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

Sumber gambar : DNQ DECOR
https://www.facebook.com/langsirkb/

 RedDiamondHouse –

‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’ 

‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5’

#reddiamondhouse #kamibinadengankasihsayang #bare5bintanghargakaki5 #rumahmampumilikhargaWOW

Follow by Email
YouTube
Instagram