Syawal berbaki tiga hari lagi. Ramai perantau sudah mula berpusu-pusu meninggalkan kota untuk pulang beraya bersama keluarga tercinta.
Rumah kediaman akan ditinggalkan dalam masa yang sama. Sebelum memulakan perjalanan jauh, RDH ingin berkongsi 7 tip memandu dengan penuh kasih sayang. Moga selamat pulang ke kampung.
PERTAMA, pastikan kereta telah diservis dan diperiksa sepenuhnya. Periksa tayar, brek, radiator, air, enjin, coolant dan sebagainya. Pastikan tayar spare juga berada dalam keadaan baik. Lampu signal, lampu brek dan lampu kereta mestilah dalam keadaan berfungsi sepenuhnya.
KEDUA, penuhkan minyak kereta supaya perjalanan tidak terganggu. Jika perjalanan melalui lebuhraya berbayar, pastikan kad Touch N Go atau PLUSMiles mempunyai baki yang mencukupi. Ini kerana lorong Tambah Nilai PLUS akan ditutup dari 12 Jun hingga 24 Jun.
KETIGA, pastikan anda mendapat rehat dan tidur secukupnya. Apabila penat, berhentilah seketika di kawasan R&R berdekatan. Tidur sekejap untuk mendapatkan tenaga semula. Jika malam, dapatkan secawan kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk semasa memandu.
KEEMPAT, betulkan kedua sisi cermin di kiri dan kanan. Juga cermin dihadapan. Ketika memandu sesekali pandang cermin sisi untuk melihat tingkah laku pemandu sekeliling. Apabila berada di lorang laju, perhatikan cermin dihadapan untuk pastkan kita tidak menghalang perjalanan kereta yang berada dibelakang
KELIMA, baca doa naik kenderaan dan mohon Allah SWT permudahkan perjalanan kita. Pastikan semua penumpang dan anda sendiri memakai tali pinggang keledar. Bagi anak-anak kecil yang duduk di belakang, pastikan ada orang dewasa yang dapat memerhatikan tindak tanduk mereka.
KEENAM, ambil tahu had laju perjalanan yang dibenarkan. Patuhi undang-undang jalanraya. Jangan sesekali memasuki Lorong Kecemasan jika tidak perlu. Apabila ada kemalangan, jangan perlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan tersebut, ini akan menambahkan kesesakan jalanraya.
KETUJUH, jaga emosi ketika memandu. Jangan biarkan emosi kemarahan dan kebencian menguasai cara pemaduan kita di jalanraya. Sentiasa tenang dalam memandu. Hati tenang, pandu cermat, jiwa selamat.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI daripada kami di RDH PROPERTY SDN.BHD