ASPEK ASPEK PENGGUNAAN LANGSIR

Pilih langsir yang tepat dan sesuai dengan kediaman anda. Kali ini, RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan nak berkongsi dengan anda mengenai Aspek – Aspek dalam Penggunaan Langsir.

Segelintir masyarakat menyukai langsir kediaman mereka terdedah. Namun, ada juga yang sebaliknya. Bergantung pada pilihan masing-masing. Bagi memudahkan kerja penyelenggaraan, jarak kelebaran siling untuk meletakkan railing mesti lebar. Ini bagi mereka yang suka keadaan langsir disembunyikan dalam siling.

Selalunya  mereka yang boleh menyembunyikan langsir dalam plaster siling adalah mereka yang membuat plaster siling baharu. Apabila buat plaster siling baharu, boleh dipertimbangkan untuk sembunyikan railing ke dalam siling. Jadi ia tidak kelihatan daripda bawah.Ini juga dapat menimbulkan ilusi ‘Full Height Curtain’.

Tips Bahan Kemasan disini.

Selain itu, boleh juga buat pelmet baharu. Pelmet adalah penutup kepada railing langsir. Pelmet boleh diperbuat daripada pelbagai bahan.

Antaranya :

  • Bahan daripada plaster siling.
  • Bahan daripada kayu.
  • Bahan daripada board yang dibalut dengan kain.
  • Dan sebagainya.

Lihat Spesifikasi Binaan Reddiamondhouse.

Ada diantara kita yang mahu railing nampak daripada bawah. Contohnya, penggunaan rod kayu atau rod besi yang boleh didapati dengan pelbagai rekaan. Oleh itu, boleh guna eyelet langsir. Untuk pengetahuan anda, eyelet atau lelubang adalah gaya langsir moden yang menjadi pilihan kpd mereka yg suka simple. Jahitan eyelet menggunakan gelung cincin dipasangkan pada lubang bentuk bulat ditebuk pada plain tape saiz 5 inci lebar di bahagian heading (atas/kepala) langsir.

Contoh Foto Langsir yang Menggunakan Eyelet
Contoh Foto Langsir yang Menggunakan Eyelet

Selain itu, kediaman yang dipasang dengan langsir eyelet kelihatan mewah & elegan. Kelebihannya adalah ia membuatkan langsir nampak beralun dengan cantik. Ia kelihatan cantik  disebabkan lipatannya yang banyak dan konsisten.

Follow by Email
YouTube
Instagram