BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Sudahkah anda membuat perancangan untuk memiliki kediaman diatas tanah sendiri?

Persoalannya, bagaimana untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri?

Harini  RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan akan kongsikan beberapa tips mudah untuk anda bina rumah atas tanah sendiri.

Kediaman merupakan satu keperluan asas yang penting untuk manusia. Terutama bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai kerjaya masing-masing. Tajuk kita pada kali ini amat sesuai bagi mereka yang ingin memiliki kediaman impian tapi tidak tahu akan prosesnya. Tahukah anda? Kawasan desa adalah lokasi paling ideal untuk membina kediaman impian anda. Tambahan, dengan kehijauan alam dan kemerraan kawasan kejiranan, menjadikannya tarikan kepada warga kota untuk membina aset mereka.

Memasuki era millennium, rekabentuk dan konsep rumah turut berubah mengikut peredaran masa. Kediaman yang dibina kini amat mementingkan  aspek gaya hidup moden, keberkesanan penggunaan ruang serta mengikut keselesaan penghuni. Jika dahulu, rekaan dalaman dipandang enteng, namun kini ianya menjadi satu elemen penting untuk sebuah kediaman impian. Sentuhan magis warna kediaman juga memainkan peranan penting untuk mewujudkan ketenangan dan keharmonian untuk sesebuah kediaman.

KELEBIHAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

  1. Apabila anda bina rumah atas tanah sendiri, anda mempunyai pilihan untuk menentukan reka bentuk kediaman mengikut perancangan bajet anda. Namun, ada segelintir kontraktor rumah akan memberi cadangan yang sesuai kepada anda mengikut bajet dan harga nilai semasa.
  2. Daripada segi kos pembinaan rumah, ianya jauh lebih murah berbanding kos beli rumah daripada pemaju. Contohnya, harga sebuah rumah banglo kini hampir mencecah RM1 juta. Namun begitu, jika hendak dibandingkan dengan membina, kosnya hanya berates ribu ringgit sahaja untuk lot rumah banglo. Disini, anda boleh lihat perbezaannya dan pemaju yang menjual rumah mendapat keuntungan yang besar.
  3. Anda bebas menentukan konsep yang anda inginkan.
  4. Anda boleh tambah aset kekal diatas tanah sendiri. Selain itu dari sudut pandangan ekonomi, anda berjaya menambah aset kekal. Ini kerana harga tanah dan rumah  kini kian meningkat dari masa kemasa. Rumah yang anda bina boleh dibuat sewaan atau dijual Lot rumah kepada individu lain yang mempunyai kepentingan.

PROSES BINAAN RUMAH

LANGKAH PERTAMA

Bukan mudah sebenarnya untuk bina rumah atas tanah sendiri. Ini kerana ia memerlukan proses yang pelbagai dan kefahaman yang jitu sebelum proses pembinaan bermula.

Bagi mereka yang pertama kali, terdapat pelbagai perkara yang perlu diberi perhatian dan keutamaan. Fahami dengan betul apa yang ditawarkan oleh pihak kontraktor kepada anda. Sebelum proses binaan ruamh, berikut adalah proses awalan yang perlu anda ketahui.

1. Geran Tanah.

Geran tanah ini amatlah penting dalam proses pembinaan rumah. Pemilik perlu pastikan nama pemilikannya adalah namanya atau nama pasangan, atau ada juga yang buat geran kongsi (suami, isteri).

Selain itu, semak status tanah milik anda. Untuk bina rumah atas tanah sendiri, status tanah WAJIB berstatus Bangunan. Ini adalah syarat wajib bagi membolehkan anda membuat pinjaman melalui bank atau LPPSA. Jika status tanah anda bukan seperti dinyatakan, anda perlu menukar statusnya terlebih dahulu. Dalam hal ini, anda boleh buat sendiri atau mahu lebih lancar boleh guna khidmat perunding tanah atau peguam. Akan tetapi untuk segala kos semasa proses penukaran kategori 100% dibiayai oleh anda sendiri.

2. Keadaan Tanah

Beri perhatian kepada keadaan tanah yang akan dibangunkan. Contohnya, tanah rata, berbukit, tanah lembah, tanah rendah dan sebagainya. Tambahan lagi, jika mempunyai tanah yang telah lama dibiarkan, bersemak samun, hutan dan sebagainya. Anda perlu mengambil inisiatif sendiri jika anda mempunyai keadaan tanah seperti yang dinyatakan. Antara langkah yang perlu diambil adalah dengan menambung dan membersihkan tanah serta membuat jalan atau akses mudah untuk ke tanah anda.

Daripada segi kos pula, ianya adalah daripada anda sendiri. Ini kerana, pihak kontraktor hanya menyediakan rumah perkhidamatan dan selain daripada itu tidak termasuk dalam perkhidamtan mereka. Selain itu, daripada segi mengukur keluasan tanah dan meletakkan batu penanda sempadan adalah tugas anda. Keluasan tanah adalah berdasarkan lot tanah yang telah dipersetujui oleh pejabat tanah kawasan anda.

LANGKAH KEDUA

Setelah selesai pembersihan tanah dan dokumen yang telah dikemaskini, anda sudah boleh mula berbincang dengan pihak kontraktor berkenaan proses bina rumah. Ini bermula dengan perbincangan dengan kedua belah pihak antara anda dan juga kontraktor. Untuk proses ini, pihak kontraktor kebiasaannya akan memberi penerangan berkenaan proses seperti pelan binaan, kelulusan daripada majlis daerah, pembiayaan projek dan proses pembinaan.

  1. Proses pelan.

Terdapat beberapa jenis pelan yang akan disediakan. Antaranya adalah Pelan Lantai. Pelan lantai adalah pelan asas yang diberikan oleh pelukis pelan atau dibeli oleh pemilik kediaman. Kebiasaannya pelan ini akan diberikan kepada pelanggan sebagai pandangan awal rekabentuk kediaman. Pelan lantai adalah lebih menumpukan kepada susunan ruangan asas dalam rumah. Contohnya, bilik, dapur, tandas dan sebagainya. Selain itu, elemen pencahayaan dan pengudaraan juga amat dititikberatkan  oleh pelukis pelan. Untuk pelan lantai kebiasaannya kontraktor akan memberi ruang kepada anda menentukan susunan ruang kediaman anda dan merujuk kepada penyusunan ruang yang betul. Ini supaya susunan ruang anda berada dalam keadaan selesa.

Contoh Pelan Lantai Skematik untuk pelanggan.

Setelah Pelan Lantai selesai dan dipersetujui oleh anda, kontraktor kemudiannya akan ke proses Visual 3D Perspektif.

Visual 3D Perspektif adalah gambaran awal rekabentuk kediaman anda apabila ianya siap dibina. Melalui perspektif visual 3D ini, dapat membantu anda melihat dengan lebih jelas rekabentuk  kediaman anda walaupun ianya dalam bentuk lukisan. Selain itu, ia juga dapat membantu tukang dan pihak kontraktor memahami rekabentuk kediaman dan secara jelas rekabentuk bumbung.

RED DIAMOND HOUSE

Contoh Visual 3D Perspektif

  1. Majlis Daerah.

Apabila anda dan pihak kontraktor bersetuju dengan pelan rekabentuk rumah melalui arkitek, pelan rekabentuk akan dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kawasan anda. Ini bertujuan untuk pemeriksaan dan mendapat kelulusan pembinaan. Ini juga penting untuk menentukan pelan dan bukaan rumah dalam lot tanah mengikut piawaian PBT.

  1. Pembiayaan.

Pembiayaan kos ini biasanya mengikut peratusan pembinaan yang telah ditetapkan. Kaedah bayaran secara “claim” yang sering digunakan oleh kontraktor kepada pelanggan. Bagi Kos proses pembinaan rumah dilakukan melalui 2 kaedah iaitu secara tunai atau pinjaman bank dan agensi-agensi yang berkaitan.

  • Bayaran Tunai

Bayaran secara tunai lebih mudah kerana terus terima daripada pelanggan. Walaupun secara tunai sistem bayaran juga mengikut tahap ataupun peratus rumah pelanggan dibina. Namun, yang membezakan pula bagi peringkat permulaan pembinaan pelanggan perlu membayar 20% sebelum memulakan pembinaan.

Pinjaman Bank, LPPSA, lain-lain agensi

Bagi pelanggan yang tidak membayar secara tunai boleh dilakukan melalui pinjaman. Pinjaman yang dibuat perlukah sah dan pinjaman yang berdaftar, lebih tepat lagi disaluran baik. Apabila melibatkan pinjaman ia juga akan melibatkan peguam. Setiap kali bayaran dituntut surat dari peguam akan dikeluarkan sebagai bukti.

Lembaga Pembiayaan Perumah Sektor Awan(LPPSA)

Bagi yang bekerja di bawah sektor kerajaan boleh menggunakan LPPSA sebagai pengantaraan dengan

pihak kontraktor. Surat penyata akan dikeluarkan bila selesai buat tuntutan. Bayaran balik kepada LPPSA melalui pemotongan gaji bulanan mengikut jumlah yang telah disesuaikan.

Pinjaman bank.

Kepada yang tidak bekerja di bawah sektor kerajaan boleh buat pinjaman melalui bank. Dalam malaysia banyak bank yang menawarkan pinjaman dengan kadar cukai yang rendah. Apabila melibatkan bank geran tanah dan rumah akan diserahkan kepada pihak bank sebagai cagaran.

  1. Pembinaan

Proses pembinaan akan dimulakan setelah segala perkara 1 hingga perkara 3 selesai dan mendapat kebenaran untuk kerja-kerja pembinaan. Proses pembinaan ini mengambil masa 5 atau 6 bulan bergantung kepada keluasan rumah dan juga lain- lain aspek.

Anda Ada Tanah Sendiri? Nak Bina Rumah?

Boleh tekan link dibawah untuk menghubungi Kontraktor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri.

Kelantan:
www.reddiamondhouse.com.my/atikah 
www.reddiamondhouse.com.my/azim
www.reddiamondhouse.com.my/hisyam

www.reddiamondhouse.com.my/iskandar 

016-370 1697
017-981 1165
014-314 8827

017-943 3949

Follow by Email
YouTube
Instagram