Sudahkah anda membuat perancangan untuk memiliki kediaman diatas tanah sendiri?
Persoalannya, bagaimana untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri?
Harini RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan akan kongsikan beberapa tips mudah untuk anda bina rumah atas tanah sendiri.
Kediaman merupakan satu keperluan asas yang penting untuk manusia. Terutama bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai kerjaya masing-masing. Tajuk kita pada kali ini amat sesuai bagi mereka yang ingin memiliki kediaman impian tapi tidak tahu akan prosesnya. Tahukah anda? Kawasan desa adalah lokasi paling ideal untuk membina kediaman impian anda. Tambahan, dengan kehijauan alam dan kemerraan kawasan kejiranan, menjadikannya tarikan kepada warga kota untuk membina aset mereka.
Memasuki era millennium, rekabentuk dan konsep rumah turut berubah mengikut peredaran masa. Kediaman yang dibina kini amat mementingkan aspek gaya hidup moden, keberkesanan penggunaan ruang serta mengikut keselesaan penghuni. Jika dahulu, rekaan dalaman dipandang enteng, namun kini ianya menjadi satu elemen penting untuk sebuah kediaman impian. Sentuhan magis warna kediaman juga memainkan peranan penting untuk mewujudkan ketenangan dan keharmonian untuk sesebuah kediaman.
KELEBIHAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
- Apabila anda bina rumah atas tanah sendiri, anda mempunyai pilihan untuk menentukan reka bentuk kediaman mengikut perancangan bajet anda. Namun, ada segelintir kontraktor rumah akan memberi cadangan yang sesuai kepada anda mengikut bajet dan harga nilai semasa.
- Daripada segi kos pembinaan rumah, ianya jauh lebih murah berbanding kos beli rumah daripada pemaju. Contohnya, harga sebuah rumah bangle kini hamper mencecah RM1 juta. Namun begitu, jika hendak dibandingkan dengan membina, kosnya hanya berates ribu ringgit sahaja untuk lot rumah banglo. Disini, anda boleh lihat perbezaannya dan pemaju yang menjual rumah mendapat keuntungan yang besar.
- Anda bebas menentukan konsep yang anda inginkan. Anda boleh
3. Bebas menentukan konsep yang anda inginkan. Lagi satu kelebihan yang anda dapat jika anda bina rumah atas tanah anda sendiri. Anda boleh menentukan design dan konsep rumah yang anda idamkan untuk rumah anda. maksudnya adalah anda juga membina rumah impian anda.
4. Menambah aset kekal diatas tanah sendiri. Kelebihan yang jelas apabila membina rumah atas tanah sendiri. Melalui sudut pandangan ekonomi anda telah menambah aset kekal. Kerana harga tanah dan harga rumah semakin meningkat saban hari. Rumah yang anda bina boleh dibuat sewaan atau dijual Lot rumah kepada individu lain yang mempunyai kepentingan.
PROSES BINAAN RUMAH
Langkah Pertama
Membina rumah sendiri atas tanah sendiri apabila di gambarkan nampak mudah. Namun sebenarnya tidak semudah yang dipandang kerana untuk bina rumah atas tanah sendiri banyak proses dan selok-belok yang memerlukan kefahaman yang terperinci.
Apatah lagi bagi individu yang pertama kali ingin membina
rumah sememangnya banyak aspek yang mereka tidak berikan perhatian. Malah ada
sengelintir daripada mereka yang tidak memahami sebetul-betulnya perkhidmatan
yang ditawarkan oleh kontraktor mereka. Berikut adalah perkara pertama yang
perlu dititikberatkan oleh pemilik tanah
sebelum pergi ke proses bina rumah.
1. Geran Tanah.
Geran tanah ini amatlah penting dalam proses pembinaan rumah. Pemilik perlu pastikan nama pemilikannya adalah namanya atau nama pasangan, atau ada juga yang buat geran kongsi (suami, isteri).
Selain itu juga semak kategori kegunaan tanah seperti pertanian, komersial, ataupun kediaman. Jika kategorinya bukan untuk kediaman anda patut menukarkannya.
Dalam hal ini, anda boleh buat sendiri atau mahu lebih lancar boleh guna khidmat perunding tanah atau peguam. Akan tetapi untuk segala kos semasa proses penukaran kategori 100% dibiayai oleh anda sendiri.
2. Keadaan Tanah
Anda juga seharusnya memberi perhatian terhadap keadaan tanah yang akan dilakukan pembinaan rumah. Sama ada tanah rata,berbukit,tanah lembah, tanah rendah dan sebagainya. Selain itu, tanah anda telah dibiarkan lama tidak dibersihkan dari semak samun, hutan dan sebagainya. Jika ditanah anda ada mengalami masalah tersebut anda sepatutnya mengambil langkah sendiri. seperti menambung tanah, membersih dan membuat jalan untuk ke tanah anda.
Kos-kos dari kerja tersebut daripada poket anda sendiri.
Kerana kebiasaannya kontraktor Cuma sediakan rumah perkhidmatan seperti langkah
awal ini tidak dalam perkhidmatan mereka.
Tambahan lagi, batu sempadan juga bukan kerja kontraktor anda sebaliknya adalah
dari tindakan anda yang akan mengukur keluasan tanah dan meletakkan batu
penanda sempadan. Luas tanah ini berdasarkan lot tanah yang dipersetujui oleh
pejabat tanah kawasan anda.
Langkah kedua
Setelah tanah selesai dibersihkan manakala dokumen-dokumen dikemaskini oleh pemilik. Oleh itu, boleh mula berbincang dangan kontraktor tentang proses-proses bina rumah. Proses ini bermula dengan perbincangan “dua mata” antara anda dan kontraktor. Dalam proses awal ini kontraktor biasa akan menggentengahkan tentang perjalanan proses bermula proses pelan, kelulusan dari majlis daerah, pembiayaan projek, dan proses pembinaan.
- Proses pelan.
Proses pelan ini terbahagi kepada 3
bahagian iaitu pelan lantai, pelan 3D dan kemudian ke plan detail. Pelan lantai
ialah lebih fokus kepada penyusunan ruangan asas dalam rumah tersebut seperti
bilik,dapur,tandas dan sebagainya. Aspek penting dalam pelan ini yang sering
dititik berat oleh pelukis pelan ialah pencahayaan, ukuran sesuatu ruang, suhu
dalaman rumah dan sebagainya. Pelan lantai ini kebiasaannya kontraktor akan
mengikut citarasa anda dan merujuk juga terhadap penyusunan ruang yang betul
supaya rumah dalam suasana yang
selesa.
Setelah pelan lantai siap dan telah dipersetujui oleh anda kemudian kontraktor akan ke Pelan 3D.
Pelan 3D merupakan gambaran awal setelah rumah anda siap dibina. Melalui pelan 3D ini gambaran dari setiap sudut lebih jelas ia juga dapat membantu anda, tukang dan kontraktor memahami rekabentuk rumah. Tambahan lagi, gambaran luaran dari atas akan menampakkan dengan jelas reka bentuk bumbung.
- Majlis Daerah.
Setelah anda dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengan pelan rekabentuk rumah anda. Seterusnya pelan rekabentuk dihantar kepada majlis daerah kawasan anda untuk tujuan pemeriksaan dan untuk mendapat kelulusan pembinaan. Pemeriksaan ini penting kerana untuk menentukan pelan dan bukaan rumah dalam lot tanah mengikut piawaian daerah tersebut.
- Pembiayaan.
Pembiayaan kos ini biasanya mengikut peratusan pembinaan yang telah ditetapkan. Kaedah bayaran secara “claim” yang sering digunakan oleh kontraktor kepada pelanggan. Bagi Kos proses pembinaan rumah dilakukan melalui 2 kaedah iaitu secara tunai atau pinjaman bank dan agensi-agensi yang berkaitan.
Bayaran Tunai
Bayaran secara tunai lebih mudah kerana terus terima daripada pelanggan. Walaupun secara tunai sistem bayaran juga mengikut tahap ataupun peratus rumah pelanggan dibina. Namun, yang membezakan pula bagi peringkat permulaan pembinaan pelanggan perlu membayar 20% sebelum memulakan pembinaan.
Pinjaman Bank, LPPSA, lain-lain agensi
Bagi pelanggan yang tidak membayar secara tunai boleh dilakukan melalui pinjaman. Pinjaman yang dibuat perlukah sah dan pinjaman yang berdaftar, lebih tepat lagi disaluran baik. Apabila melibatkan pinjaman ia juga akan melibatkan peguam. Setiap kali bayaran dituntut surat dari peguam akan dikeluarkan sebagai bukti.
Lembaga Pembiayaan Perumah Sektor Awan(LPPSA)
Bagi yang bekerja di bawah sektor kerajaan boleh menggunakan LPPSA sebagai pengantaraan dengan
pihak kontraktor. Surat penyata akan dikeluarkan bila selesai buat tuntutan. Bayaran balik kepada LPPSA melalui pemotongan gaji bulanan mengikut jumlah yang telah disesuaikan.
Pinjaman bank.
Kepada yang tidak bekerja di bawah sektor kerajaan boleh buat pinjaman melalui bank. Dalam malaysia banyak bank yang menawarkan pinjaman dengan kadar cukai yang rendah. Apabila melibatkan bank geran tanah dan rumah akan diserahkan kepada pihak bank sebagai cagaran.
- Pembinaan
Proses pembinaan akan dimulakan setelah segala perkara 1 hingga perkara 3 selesai dan mendapat kebenaran untuk kerja-kerja pembinaan. Proses pembinaan ini mengambil masa 5 atau 6 bulan bergantung kepada keluasan rumah dan juga lain- lain aspek.
Anda Ada Tanah Sendiri? Nak Bina Rumah?
Boleh tekan link dibawah untuk menghubungi Kontraktor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri.
Kelantan:
www.reddiamondhouse.com.my/atikah
www.reddiamondhouse.com.my/azim
www.reddiamondhouse.com.my/hisyam
www.reddiamondhouse.com.my/iskandar
016-370 1697
017-981 1165
014-314 8827
017-943 3949