

Reddiamondhouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan ingin berkongsi mengenai salah satu elemen yang penting pada ruangan dapur iaitu Counter Top. Terdapat pelbagai jenis Counter Top yang menjadi pilihan masa kini. Ianya adalah Quartz Stone, Marble, Granite, Stainless Steel, Solid Surface dan Solid Wood. Kali ini Reddiamondhouse akan berkongsi berkenaan Stainless Steel Counter Top.
Lihat Jenis-Jenis Counter Top disini.
Stainless Steel counter top antara yang menjadi pilihan masa kini. Namun, ianya jarang dijumpai pada kediaman-kediaman kerana ianya agak mahal. Selain itu, fizikalnya yang lebih kepada bertemakan Industrial membuatkan ada dalam kalangan masyarakat yang tidak menggemarinya. Lebih-lebih lagi masyarakat kini lebih menggemari ruangan dapur yang nampak lebih homely atau bersahaja.
Oleh kerana itu, jarang kediaman menggunakan Stainless Steel sebagai Counter Top di ruangan dapur. Namun begitu, kelebihannya lebih tahan lama dan tahan lasak. Sangat sesuai untuk ruang dapur yang sering melakukan heavy duty work. Daripada segi pembersihannya, ia sangat mudah dicuci dan boleh dilakukan pembersihan dalam skala yang besar.