DAH MASUK RUMAH BARU? INI RUANG YANG PERLU ANDA FOKUS.

Reddiamondhouse – Kontraktor Bina Rumah kali ini ingin berkongsi dengan anda tips berguna. Ini berkenaan ruang yang perlu anda fokuskan apabila masuk rumah baru.

Terdapat tiga ruang yang perlu menjadi fokus utama untuk di renovasikan di dalam rumah baru. Ini bergantung juga kepada pemilik kediaman.

PERTAMA adalah Dapur, jika anda jenis seorang yang suka memasak dan mementingkan keperluan. Ini adalah ruang utama yang perlu difokuskan.

Yang KEDUA adalah, Ruang Tamu. Ruang tamu adalah fokus utama jika anda seorang yang fokus terhadap tetamu. Dapur dan ruang tamu merupakan dua ruang yang boleh ditukar dalam menentukan fokus utama mengikut keperluan dan kehendak anda.

Ruang yang KETIGA adalah Bilik Utama (Masterbedroom). Ini adalah ruang utama yang ketiga di dalam sebuah rumah baru yang menjadi fokus utama.

Ruang-ruang lain seterusnya yang perlu difokuskan adalah seperti bilik anak-anak, bilik ibu bapa, bilik tetamu, laundry dan sebagainya.

Jenis perabot

PERTAMA, pemilihan perabot di ruang tamu. Tujuan ruang tamu ialah ‘formal living’. Maka disini anda mestilah memiilih perabot yang agak ‘firm’. Maksudnya, perabot itu mempunyai ketinggian sandar yang selesa untuk diduduki oleh tetamu. Di ruang ini anda boleh menggunakan perabot-perabot yang agak mahal, cantik, finishing gold, dan besi. Jenis perabot yang boleh digunakan di ruang ini ialah jenis ‘luxury’ tanpa mengambil kira unsur keselamatan kerana ini merupakan ruang tamu formal. Secara asasnya, anda boleh menggunakan barang-barang ‘elegant’ dan tidak terlalu memikirkan elemen keselesaan dan keselamatan kerana ruang ini lebih kepada ‘formal living’.

KEDUA adalah ruang keluarga. Pemilihan perabot pada ruang keluarga mestilah selesa. Cara duduk di ruang ini tidak seperti melayan tetamu tetapi untuk bermalas-malasan, jadi segala perabot yang berada di sini mestilah praktikal, selamat, dan selesa. Jenis meja yang boleh diletakkan di ruang ini mestilah berbentuk bulat ‘round edge’ atau berbentuk bujur ‘oval’, anda juga boleh menggunakan meja yang mempunyai bucu yang selamat iaitu bucu sedikit ‘curve’. Anda perlu mengelakkan daripada menggunakan meja jenis ‘top’ kaca bagi memastikan keselamatan ahli keluarga.

Akhir sekali, jika ruang tamu dan ruang keluarga berada di dalam satu ruang. Elemen-elemen yang perlu diterapkan pada ruang ini yang pertama ialah mestilah selamat untuk keselamatan ahli keluarga.Contohnya, anak-anak yang berhibur dan menonton televisyen di ruang tersebut. Maka, segala jenis meja kaca dan bucu perlulah dielakkan. Untuk kerusi pula, anda boleh menggunakan kerusi jenis kulit ‘leather’ atau fabrik yang agak gelap jika anak-anak yang suka menconteng dan makan di ruang tamu.

Follow by Email
YouTube
Instagram