‘DISAYANGI BAKAL JIRAN’

“Wah, rajinnya hari ini. Jalan pun dibersihkan.”

 

Hari ini ketika melawat salah satu tapak kerja. Melihat pekerja sedang membersihkan jalan masuk ke tapak.

 

“Tadi tanah lori datang hantar pasir bos. Ada yang terjatuh di jalan. Sebab itu segera bersihkan,”

 

Begitulah team RDH bila buat kerja di tapak. Tidak kira di kawasan sendiri atau di kampong orang.

 

“Perlu pandai sesuaikan diri. Jangan sampai timbulkan kemarahan pada masyarakat setempat”. Memang itu selalu Bos RDH pesan kepada pekerja.

 

“Apabila kawasan pembinaan kita bersih dan kemas. Orang akan lebih senang dan yakin pada kerja. Ini dapat memberi gambaran imej yang baik kepada pelanggan juga. Kerana memilih kontraktor yang bukan sahaja memikirkan perniagaan, tetapi juga nama baik pelanggan yang bakal menginap dan berjiran dengan masyarakat tempatan.” Itulah kata-kata yang sering diingatkan kepada pekerja.

 

Sentiasa maniskan muka. Ringankan kata-kata penuh budi bahasa. Rajin bertegur sapa. Ini amalan RDH setiap kali masuk mana-mana kawasan untuk membina rumah kediaman pelanggan.

 

‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’. Atas itu juga kami mahu pelanggan disayangi bakal jiran tetangga mereka.

Follow by Email
YouTube
Instagram