ERATKAN HUBUNGAN KELUARGA DI MEJA MAKAN

Set Meja makan adalah antara perabot penting untuk setiap kediaman. Di sinilah tempat berkumpul semua ahli keluarga untuk makan, bercerita aktiviti harian dan sekaligus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Seringkali semasa rumah sedang dibina, kita tidak sabar untuk mencari perabot baru bagi menghiasi kediaman baru itu nanti.

RedDiamondHouse, kontraktor bina rumah Kelantan ingin berkongsi sedikit tips untuk memilih set meja makan bagi ruang istimewa ini.

1)         Saiz Meja Makan

Catat saiz ruang makan sebelum membeli. Beri sedikit ruang sekurang-kurangnya 1000mm untuk bukaan kerusi dan laluan selesa disekitar ruang makan. Kemudian carilah meja makan yang saiznya sesuai dengan baki ruang yang tinggal.

2)         Bentuk Meja Makan

Untuk ruang makan kecil, pilih meja makan bulat. Ini dapat memberikan lebih ruang disekitarnya. Ruang juga akan nampak lebih selesa.

Meja segi empat  banyak kerusi pula sesuai untuk ruang yang luas. Meja yang besar mampu memuatkan lebih ramai tetamu, cuma agak sukar juga untuk tetamu mencapai hidangan makanan diatas meja.

3)         Pilihan Material

Pilihlah meja buatan kayu keras (hardwood) seperti mahogany, walnut, maple, oak atau jati. Ini sesuai untuk meja makan kerana ianya bersifat kukuh.

Material yang bersifat komposit atau gabungan tidak sesuai untuk meja makan. Contohnya, Medium Density Fiberboard (MDF), iaitu campuran kayu keras halus yang dimampatkan menjadi papan. Biarpuan ianya lebih tahan lama namun ia tidaklah sekukuh ‘hardwood’.

Bagi yang tidak suka bahan berasas kayu, pilihan seperti metal atau marmer juga sesuai dijadikan ilihan.

4)         Konsep dan tema

Pemilihan konsep dan tema yang tepat mampu meningkatkan nilai estetika ruang makan. Bagi yang memilih konsep  moden, klasik, minimalis, gaya Inggeris dan sebagainya, pastikan pemilihan meja makan juga sekata dengan pemilihan konsep yang dibuat.

5)         Ruang Makan Dalam Dapur

Bagi ruang makan yang bersambung dengan ruang dapur, pilihan meja makan yang lebih kasua dicadangkan. Ini kerana kedua-duanya saling berkait dan sering digunakan.

Untuk membina rumah di Kelantan, sila hubungi RedDiamondHouse melalui talian 0139300025 atau jemput hadir ke pejabat kami di Tingkat 2, PT 4937, Bandar Baru Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan 

‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’

‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5’

#reddiamondhouse #kamibinadengankasihsayang #bare5bintanghargakaki5 #rumahmampumilikhargaWOW


Facebook


Twitter


Whatsapp

Follow by Email
YouTube
Instagram