Dalam kalangan kita, mesti ada yang suka akan menghias ruang tamu. Namun, ianya boleh menjadi sukar dengan masalah ruang yang kecil. Ruang tamu adalah ruang yang penting untuk seisi keluarga. Selain itu, pada ruang ini juga, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan.

RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan mahu berkongsikan idea yang boleh anda pertimbangkan dalam menghias ruang tamu kediaman anda.

  • Menggunakan sofa 3 tempat duduk. Jika ruang tamu anda bersaiz besar, tidak salah jika mahu gunakan sofa tambahan. Namun, jika ianya bersaiz kecil, satu sofa tiga tempat duduk sudah memadai. Jika kerusi tambahan diletakkan, ruang akan menjadi agak sempit.
 
Foto: Ikea Malaysia
  • Gunakan lampu lantai. Jika menyewa, sukar untuk menukar lampu siling mengikut citarasa sendiri. Oleh itu, daripada menggunakan lampu meja, boleh juga menggunakan lampu lantai. Letakkannya lampu lantai di sebelah sofa untuk menjimatkan ruang.(Foto: Ikea Malaysia)
Foto: Ikea Malaysia
  • Bantal cantik. Ruang yang kecil dapat mengehadkan penggunaan warna yang digunakan dalam menghias. Oleh itu, gunakan bantal cantik untuk menonjolkan dekorasi anda. Bantal  ini boleh diletakkan di atas sofa mahupan lantai.
Foto: ipomu.info

 

  • Skip dekorasi aksesori-aksesori kecil. Aksesori kecil memang menarik jika digunakan untuk perhiasan. Namun ianya tidak sesuai jika menggunakannya terlalu banyak. Ini dapat membuatkan ruang kelihatan serabut. Selain itu, agak leceh untuk mengemas kerana perlu dilap satu persatu. Ini boleh diatasi jika menggunakan cara yang betul. Gunakan hiasan aksesori yang besar tapi minimal sahaja. Contohnya seperti pasu dan bingkai gambar sebagai aksesori hiasan ruang anda.
Foto : Hias.my
Foto: rumahku88syurgaku.blogspot)
  • Padanan warna langsir. Warna gelap boleh membuatkan ruang anda kelihatan kecil dan suram jika tidak kena pada tempatnya. Jika mahu kelihatan luas, gunakan langsir yang berwarna cerah.
Foto : Hias.my
Foto : DNQ Decor
  • Cermin. Inginkan keluasan pada ruang tamu anda? Gunakan cermin yang besar. Ini dapat menambah ilusi keluasan ruang pada ruang tamu anda. Cermin mampu menaikkan seri pada sesebuah ruang.
Foto : Hias.my
Foto:ana jingga

Hubungi segera RedDiamondHouse melalui talian 0139300025 http://reddiamondhouse.wasap.my/
ATAU
Hadir sendiri ke pejabat kami di Tingkat 2, PT 4937, Bandar Baru Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

Layari laman web rasmi kami di www.reddiamondhouse.com.my untuk info terkini di RedDiamondHouse

RedDiamondHouse –
‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’
‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5’

#reddiamondhouse #kamibinadengankasihsayang #bare5bintanghargakaki5 #rumahmampumilikhargaWOW

Follow by Email
YouTube
Instagram