Tahukah anda, terdapat beberapa ruang untuk ahli keluarga berkumpul.Contohnya, ruang dapur dan ruang makan.Pada ruangan ini, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama.Namun begitu, keserlahan ruangan ini lebih menarik dengan adanya kaedah pencahayaan yang baik.
Kaedah pencahayaan yang menarik dapat mewujudkan suasana ‘mood’ yang berbeza.Selain itu, suasana akan menjadi lebih selesa dan menyenangkan.
Berikut adalah beberapa tips daripada RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan agar pencahayaan dapur kediaman anda menjadi lebih menarik :
Tips Memilih Peralatan Lampu :
- Mulakan pemilihan peralatan lampu anda pada ruangan makan atau ruang tamu sekiranya mempunyai bajet yang terhad.Lebih senang untuk anda mencari lampu – lampu yang lain jika mulakan pada ruangan tersebut.
- Sertakan dalam bajet beberapa jenis lampu meja dan lampu berdiri. Sekurang-kurangnya 2-4 jenis lampu. Ia bagi memudahkan untuk mengalihkannya mengikut citarasa dekorasi anda.Lampu meja dan lampu berdiri menjadikan ruang lebih mesra suasana.
- Lampu dinding boleh dijadikan daya tarikan pada dinding kediaman anda.Ia boleh memberikan sinaran cahaya lampu yang kreatif pada dinding. Pilihan anda tidak terhad pada kertas dinding, lukisan, panel papan kayu dan sebagainya. Penggunaan lampu dinding boleh digunakan untuk mencipta kesan pencahayaan dan membuatkan dinding lebih menarik.
Terdapat beberapa jenis lampu, antaranya adalah :
- Chandelier
Lampu jenis moden ini masih relevan digunakan pada ruangan dapur.Jika mahukan menggunakan lampu chandelier yang banyak, rekaan lampu yang ringkas adalah lebih sesuai.Ini agar ruangan dapur tidak kelihatan berlebihan dengan hiasan lampu.



Gambar Contoh Lampu Chandelier
- Lampu Gantung
Lampu seperti ini sesuai dengan ruangan yang bertemakan minimalis.Ia mempunyai karakter minimal yang mampu menyerlahkan ruangan dapur.Selain itu, ia turut nampak lebih elegan.Pilih rekaan yang sama supaya ianya selaras dengan keseluruhan ruangan dapur anda.



Gambar Contoh Lampu Gantung
- Track Light
‘Track Light’ mempunyai pelbagai fungsi yang tidak terhad pada satu ruangan sahaja.Contohnya, lampu ini boleh digunakan serta dikombinasikan dengan rekabentuk dapur moden.Tambahan, penggunaan lampu ini dapat membuatkan ruang dapur lebih luas dan lebar.



Gambar Contoh 'Track Light'
- Plafond Gantung
Penggunaan lampu jenis plafond gantung boleh menjadi pilihan terbaik.Ia sesuai menjadi dekorasi pencahayaan ruangan dapur anda.Kesannya, ia dapat menyerlahkan suasana yang elegan dan ringkas.Ianya amat sesuai dengan gaya masa kini.
Ia boleh digabungkan dengan pelbagai reka bentuk dapur yang anda miliki supaya kelihatan lebih menarik.Pada setiap sisi ‘plafond’, boleh ditambah dengan penggunaan penggunaan lampu LED.Ia dapat disesuaikan dengan penggunaan pelbagai pilihan warna yang sesuai supaya nampak lebih menarik.



Gambar Contoh Lampu Plafond Gantung
Hubungi segera RedDiamondHouse melalui talian 0139300025 atau hadir sendiri ke pejabat kami di Tingkat 2, PT 4937, Bandar Baru Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, Kelantan.
Layari laman web rasmi kami di www.reddiamondhouse.com.my untuk info terkini kami dan promosi istimewa RedDiamondHouse.
RedDiamondHouse –
‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’
‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5’
#reddiamondhouse #kamibinadengankasihsayang #bare5bintanghargakaki5 #rumahmampumilikhargaWOW