Hari ini, RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan nak berkongsi dengan anda berkenaan kemasan lantai. Ada segelintir daripada pengguna yang bertanya mengenai penggunaan lantai kayu.Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis lantai kayu.

Lihat Portfolio Reddiamondhouse.

Pertama, lantai jenis Solid Wood. Ia merupakan kayu asli. Dari segi ketahanan ia memang baik.Namun, dari segi penjagaannya, ia agak leceh. Ini kerana permukaanya agak mudah tercalar sebab ianya adalah kayu asli.

Solid Wood

Kedua, Laminated Floor. Selalunya pada bahagian tengah dibawahnya adalah kayu dan diatasnya pula adalah printed. Sekarang, laminated wood ini sudah menyamai dengan kayu-kayu solid wood. Ini kerana dengan teknologi yang canggih, printed dan juga texture sudah boleh diaplikasikan pada permukaan Laminated Wood. Namun, ia juga mempunyai kelemahan daripada segi bunyi. Bunyi kuat dapat dihasilkan apabila pengguna memakai kasut. Jadi, ianya agak bising sedikit.

Laminated Wood

Ketiga adalah lantai jenis Vinyl. Vinyl banyak didapati dalam pasaran industri sekarang. Boleh dikatakan Vinyl ini lebih tahan lasak. Ini kerana ia adalah satu jenis ciptaan daripada konsep tikar getah. Bahannya adalah getah dan sangat tahan pada panas, berair mahupun basah.Vinyl mempunyai pelbagai jenis ketebalan dan kaedah pemasangan. Ianya boleh dirujuk kepada pemasangnya. Lantai jenis ini sangat sesuai bagi mereka yang mahukan ‘Spirit of Wood’. Mereka yang lebih mahukan rupa dan texture kayu tetapi tidak mahukan penyelenggaraan.

Lihat Penggunaan Mozek dalam Binaan Reddiamondhouse.

Vinyl

Jadi ini adalah antara jenis-jenis lantai kayu yang RedDiamondHouse dapat kongsikan dengan anda.

Follow by Email
YouTube
Instagram