KONKRIT SLAB

Reddiamondhouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan, kali ini ingin berkongsi berkenaan proses kerja konkrit lantai bagi pembinaan kediaman binaan Reddiamondhouse.

Lihat Portfolio Reddiamondhouse

Penggunaan bahan tambah dalam bancuhan konkrit penting untuk mengurangkan kandungan air. Campuran konkrit yang telah diadun dengan bahan tambah dapat membentuk satu campuran yang mempunyai nilai turun yang tinggi dan juga kebolehkerjaan yang baik.

Pengendalian dan pengangkutan konkrit yang sesuai adalah sangat penting. Ini bagi mengelakkan berlakunya pengasingan dalam bancuhan bagi memudahkan kerja-kerja penuangan konkrit berjalan lancar. Laluan mengangkut konkrit mestilah bebas daripada sebarang halangan yang boleh menyebabkan konkrit tumpah. Konkrit mestilah dituang dalam tempoh 45 minit selepas dibancuh. Penuangan mestilah betul untuk mengelakkan berlaku pengasingan bahan-bahan. Ketinggian jatuh mestilah tidak melebihi 1.5 meter.

Lihat Spesifikasi Binaan Reddiamondhouse

https://reddiamondhouse.com.my/konkrit-slab-2/

Konkrit setebal 4 inci (100mm) dipadatkan dengan cara mengeluarkan udara yang terperangkap di dalamnya. Jika pemadatan tidak dilakukan dengan betul, ia akan menyebabkan ruang berongga wujud. Ini akan memudahkan air meresap masuk ke dalam tetulang yang boleh menyebabkan berlaku pengaratan pada tetulang tersebut.

Reddiamondhouse amat teliti berkenaan proses kerja dalam menjaga standard dan kualiti pembinaan kerana kami ‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’ dan memberi anda ‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5’.

Untuk Bina Rumah di Atas Tanah Sendiri, Hubungi Reddiamondhouse untuk dapatkan kediaman impian dengan harga yang mampu milik dan kualiti ‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5

Follow by Email
YouTube
Instagram