KONKRIT SLAB

Reddiamondhouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan, kali ini mahu berkongsi dengan anda berkenaan proses kerja konkrit lantai bagi pembinaan kediaman binaan Reddiamondhouse.

Buat pengetahuan anda, penggunaan bahan tambah dalam bancuhan konkrit adalah penting untuk mengurangkan kandungan air. Campuran konkrit yang diadun dengan bahan tambah dapat membentuk satu campuran yang mempunyai nilai turun yang tinggi dan juga kebolehkerjaan yang baik.

Aspek daripada segi pengendalian dan pengangkutan konkrit yang sesuai adalah penting. Ini bagi mengelakkan berlakunya pengasingan dalam bancuhan bagi memudahkan kerja-kerja penuangan konkrit berjalan lancar. Laluan mengangkut konkrit mestilah bebas daripada sebarang halangan yang boleh menyebabkan konkrit tumpah. Konkrit mestilah dituang dalam tempoh 45 minit selepas dibancuh. Penuangan mestilah betul untuk mengelakkan berlaku pengasingan bahan-bahan. Ketinggian jatuh mestilah tidak melebihi 1.5 meter.

Konkrit setebal 4 inci (100mm) dipadatkan dengan cara mengeluarkan udara yang terperangkap di dalamnya. Jika pemadatan tidak dilakukan dengan betul, ia akan menyebabkan ruang berongga wujud. Ini akan memudahkan air meresap masuk ke dalam tetulang yang boleh menyebabkan berlaku pengaratan pada tetulang tersebut.

Follow by Email
YouTube
Instagram