Nak guna wallpaper? Nak nampak kelainan dan WOW pada kediaman anda?
.
RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan nak berkongsi dengan anda mengenai cara menggunakan wallpaper yang sebenar.
.
Pertama, pastikan dinding berada dalam keadaan rata.Ini merupakan perkara yang penting sebelum menggunakan wallpaper.Kadang-kadang ada sesetengah syarikat installer wallpaper ada menyediakan servis untuk meratakan dinding terlebih dahulu.Ini supaya effect wallpaper akan nampak lebih kemas dan cantik.
.
Kedua, elakkan dinding daripada mengalami sebarang masalah.Contohnya, keretakan, bocor, panas, atau segala apa yang dapat merosakkan wallpaper pada masa depan.
.
Ketiga, bagaimana jika mahu menggunakan wallpaper yang bercorak garang atau bercorak berani.Sebenarnya tidak digalakkan untuk menggunakan corak seperti ini.Terutamanya jika mahu menggunakannya pada keseluruhan bilik.Ini kerana ia akan nampak tidak teratur dan nampak sedikit bersepah.Ini disebabkan coraknya telah mendominasi keseluruhan ruang.
Oleh itu, anda disarankan untuk fokus pada satu dinding sahaja jika mahu menggunakannya.
.
Keempat, cara untuk menggunakan wallpaper pada keseluruhan ruang bilik.Jika mahu pakai wallpaper untuk keseluruhan bilik, pakai yang tidak terlalu bercorak.Selain itu, boleh juga pakai yang bercorak kosong tetapi yang ada texture.Ini kerana wallpaper yang mempunyai texture dapat memberi suasana yang nyaman dan selesa kepada penghuninya.