Kali ini, RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan nak berkongsi dengan anda mengenai Papak Lantai yang pertama atau dikenali juga ‘First Floor Slab’.
Nak Tahu Bagaimana BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI? Klik DISINI.
Papak Lantai ini dibina diatas tanah. Kebiasaamya ia terdiri daripada :
- Lapisan Asas.
Terdiri daripada batu kelikir, atau tanah yang telah dimampatkan. Lapisan asas ini berfungsi mengurangkan kenaikan air yang akan melembapkan lapisan tapak konkrit di samping menaikkan aras lantai untuk menerima tapak konkrit. Tebal lapisan asas berubah daripada 100 mm hingga 300 mm.
- Lapisan Kedap.
Merupakan lapisan pasir setebal 50mm yang diratakan pada lapisan asas. Bertujuan menutupi celahan bantuan asas bagi memudahkan kerja konkrit seterusnya.
- Lapisan Kalis Lembap.
Lapisan kalis lembab dipasang pada permukaan lapisan asas bagi menghalang penyerapan air pada permukaan lantai. Lapisan kalis lembap yang dimaksudkan adalah Damp Proof Membrane (DPM) dan merupakan polyethylene yang dipasang di bawah konkrit lantai sebelum besi BRC dipasang dan dikonkrit.
- Lapisan Konkrit.
Konkrit dituang setelah lapisan asas diratakan dan dipadatkan. Ketebalan lapisan konkrit adalah tidak kurang daripada 100mm.
- Lapisan Kemasan.
Merupakan lapisan terakhir bagi pembinaan lantai namun ianya bergantung pada ciri-ciri yang dikehendaki. Antara jenis kemasan adalah lepa simen, jalur kayu, parket, mozek, batu marmar dan terazo.