Untuk memisahkan antara dua ruang, dinding adalah penyelesaiannya. Itu menjadi perkara biasa dalam rekabentuk rumah di Malaysia. Terutamanya dalam rekabentuk dalaman. Oleh itu, telah wujudnya idea yang lebih kreatif dan menjimatkan kos dalam hiasan dalaman ini sehingga menjadi trend dalam kalangan masyarakat Malaysia. Partition atau pembahagi ruang menjadi buah fikiran yang sangat berguna. Ini terutama bagi ruang yang luas dan kosong. Contohnya, pembahagi untuk ruang keluarga dan ruang tamu.
Dapatkan Tips Hiasan Dalaman di sini.
Pembahagi ruang ini sudah lama dipakai oleh masyarakat dahulu. Namun begitu, pembahagi ruang pada masa dahulu lebih bersifat tradisional dengan ukiran kayunya. Setelah berdekad, pembahagi ruang atau partition ini telah mengalami evolusinya yang tersendiri. Disuntik dengan elemen moden, pembahagi ruang kini menjadi lebih baik dan berbagai pilihan.
Reddiamondhouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan mahu berkongsi idea hiasan dalaman yang dapat membuka mata kita semua mengenai penggunaan partition. Tambahan lagi, bagaimana partition ini dapat mengubah sesuatu ruang itu apabila mengaplikasikannya pada ruang kediaman.
Kenali Reddiamondhouse
Partition Kediaman Yang Bertemakan Klasik
Pembahagi ruang pada masa dahulu dihiasi dengan pembahagi ruang yang antik dan ukiran kayu. Kini, konsep moden dan kontemporari lebih banyak diketengahkan pada kediaman. Oleh itu, ada yang beranggapan partition dengan ukiran kayu dan elemen antik sudah tidak relevan. Namun begitu, jika rekaan lama itu di inovasi kepada yang lebih moden, tidak mustahil ianya menjadi pilihan utama. Disamping itu, ia juga sesuai untuk digunakan di ruang pejabat.
Almari Boleh Berperanan Sebagai Pembahagi Ruang
Susunan ruang pada kediamaan adalah perkara penting untuk dititikberatkan. Bukan sahaja untuk kelihatan cantik, namun untuk keselesaan para penghuni. Manfaatkan ruang sebaiknya. Mengapa perlu bazirkan ruang? Anda boleh menggunakannya untuk menyimpan barang-barang dan meletakkan barangan hiasan anda. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada individu mengenai bagaimana mahu manfaatkan ruang masing-masing.
Penggunaan Partition Kaca
Salah satu idea yang efisien untuk dijadikan partition pada ruang kediaman anda adalah menggunakan partition kaca. Penggunaanya kelihatan lebih elegan dan moden. Namun begitu, ianya bergantung kepada anda untuk memilihnya mengikut kesesuaian ruang atau bilik.
Lihat Portfolio Reddiamondhouse disini.
Jadi kepada anda yang mempunyai masalah pembahagian ruang, diharapkan idea yang diberi ini dapat membantu anda berekperimentasi dengan ruangan anda. Pilih yang terbaik dan mengikut kesesuaian ruangan anda.