RUANG TAMU
Salah satu ruang terpenting dalam sesebuah kediaman adalah ruang tamu.Berfungsi sebagai tempat berkumpulnya tetamu dan ahli keluarga.Selain itu, ia juga menjadi tempat untuk melaksanakan aktiviti hujung minggu dan istirehat keluarga.Oleh itu, lampu pada ruangan ini mestilah yang dapat penuhi kehendak dan aktiviti keluarga.
.
RUANG MAKAN
Meja makan sudah pasti menjadi fokus utama untuk penataan cahaya pada ruang makan.Letakkan lampu gantung atau Pendant Light.Ini kerana ia bertindak sebagai titik fokus pada ruang itu selain berperanan sebagai punca cahaya.Ini lebih elok dan sesuai untuk ruang makan.
DAPUR
Rekabentuk dapur yang menarik adalah yang mempunyai banyak tingkap.Ini dapat memudahkan cahaya semulajadi memasuki ruang.Selain itu, ia dapat menjimatkan penggunaan tenaga.Wujudkan keseimbangan sumber pencahayaan dengan mengurangkan silau dan bayang. Gunakan lampu esen, lampu kerja dan lampu ambient bagi menerangi dapur anda.
.
BILIK TIDUR
Bilik tidur juga merupakan ruang privasi buat pemilik beristirehat.Lampu yang sesuai harus diletakkan dalam ruangan seperti ini.Antaranya downlight dan lampu meja atau floor light.Ia sangat sesuai untuk digunakan di dalam bilik tidur.
BILIK AIR
Memang agak sukar untuk memberi pencahayaan semulajadi pada ruang bilik air.Ini kerana kebiasaanya bilik air dilengkapi dengan tingkap kecil.Tingkap kecil ini berperanan sebagai pengudaraan dalam bilik air.Jadi, anda digalakkan memasang lampu yang dapat menerangi keseluruhan ruang dengan baik seperti lampu downlight.