Menjadikan loteng kediaman kepada ruangan tambahan adalah sesuatu yang asing buat rakyat Malayisa. Ini kerana tidak semua loteng rumah di negara ini sesuai untuk dijadikan ruangan tambahan seperti bilik loteng. Namun, dengan adanya ruangan bilik loteng menjadikannya sesuatu yang menarik.
Kali ini Reddiamondhouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan ingin berkongsi antara perkara yang perlu diketahui sebelum mengubah ruang dalam loteng menjadi sebuah ruang yang boleh digunapakai.
Kenali Reddiamondhouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan
1) Platform Lantai Loteng
Jenis lantai yang boleh dipasang ialah papan atau material lain . Lantai mestilah sejenis yang tahan lasak dan ringan bagi mengurangkan beban . Lantai perlu dipasang dengan kukuh dan kemas.
2) Struktur Bumbung Untuk Ruang Loteng
Struktur rasuk bumbung antara perkara yang perlu diambil kira. Untuk jarak dan ruang bumbung, pastikan ianya mencukupi untuk berdiri.Ini bagi menjamin keselesaan para penghuni. Jika perlu, setiap ubahsuai rasuk bumbung perlu dilakukan dengan berhati-hati.
3) Pengudaraan
Menjadi kebiasaan jika ruangan loteng ini lebih panas daripada ruang lain yang terdapat dalam rumah. Ini terjadi disebabkan haba panas daripada cahaya matahari. Oleh itu, pasang insulator di bawah lapisan atap. Contohnya, aluminium foil, glass wool atau polyurethane. Ini dapat mengurangkan lagi penyerapan haba panas daripada matahari. Selain itu, dengan adanya tingkap tambahan dan penghawa dingin, dapat membantu untuk proses penyejukan dan pengudaraan dalam loteng.
4) Pencahayaan di Dalam Ruang Loteng
Antara yang boleh dilakukan untuk penataan cahaya bagi ruangan loteng adalah menambahkan skylight/ jendela atap. Pastikan ianya sesuai mengikut ruang.
Klik disini untuk Perkongsian RDH.
5) Akses Ke Loteng
Posisi tangga perlu diletakkan mengikut kesesuaian ruang pada loteng. Ini bagi memudahkan akses untuk naik ke bilik loteng dalam bumbung.
6) Perabot
Ruang di loteng kebiasaannya tidak besar. Jadi perabot yang kecil dan ringan adalah lebih sesuai untuk digunakan. Digalakkan menggunakan perabot yang multifungsi untuk diletakkan pada bilik loteng.