RUMAH BERGAYA SEPERTI BILIK TIDUR HOTEL

Terasa bosan dengan dekorasi rumah yang sedia ada? Mahu dekorasi rumah nampak gah seperti hotel? RedDiamondHouse beri beberapa tips untuk menghias suasana bilik seperti berada di hotel lima bintang.

1. Lampu tidur
Cahaya adalah satu elemen penting dalam sesuatu ruang. Dapatkan lampu hiasan seperti lampu sisi katil bagi menambah seri bilik. Ia menyerlahkan ‘mood’ mewah kepada pemilik.
Selain memberi kesan pencahayaan yang menarik dan menaikkan seri ruang bilik tidur, lampu hiasan sisi katil juga memberi kehangatan apabila lampu utama dipadamkan.

2. Cadar Dan Bantal Katil
Semakin banyak bilangan benang pada cadar fabrik, semakin ia menjadi lembut. Pilihan kiraan benang melebihi 250 bukan sahaja menjadikan kain fabrik tahan lama, malah akan memberikan rupa mewah kepada katil juga.
Kebanyakkan hotel mewah menggunakan cadar dengan kiraan benang tinggi sekurang kurangnya 300.
Fabrik seperti satin dan linen juga boleh digunakan. Ia lebih menjimatkan tanpa membuang rasa keselesaan.
Bantal kecil juga boleh dijadikan pelengkap bantal tidur utama. Dapatkan bantal ini sekurang kurangnya empat biji untuk menghiasi bilik tidur dan katil anda.

3. Warna
Warna bertona monokromatik menghasilkan mood tenang dan bersemangat. Monokromatik merupakan gabungan beberapa warna menghasilkan gabungan warna yang harmoni.
Suasana ini dapat dihasilkan dengan memilih satu warna daripada warna utama seperti kuning, biru dan merah. Kemudian padankan dengan beberapa warna yang selaras dengannya.
Warnakan siling dengan warna yang sama seperti warna dinding. Jika mahu warna yang berlainan, kurangkan tona warna pada siling sebanyak 20%.

4. Bahan Lantai
Lantai yang baik dan berkualiti menyerlahkan gaya klasik dan mewah . Jika lantai diruang adalah jenis biasa, hiasinya dengan permaidani atau ambal yang lembut dan selesa.
Semakin lembut permaidani ini pada kaki, semakin tinggi kesesuaiannya. Bagi yang mahu memasang karpet dikeseluruhan lantai bilik, warna neutral pilihan yang terbaik.
Dapatkan ambal bersaiz kecil dan letakkan disekeliling katil samada dibahagian kanan , kiri atau di bahagian depan katil.

5. Bangku
Meletakkan bangku di hujung katil membuatkan ia nampak menarik. Ia juga mampu menyerlahkan katil. Bangku ini juga boleh memberikan pelbagai fungsi.
Bangku masa kini mempunyai rekaan multifungsi atau ‘integrated design’. Selain dari dijadikan tempat duduk, ia juga boleh dijadikan stor kecil untuk meletakkan buku, baju, kasut dan apa sahaja mengikut rekaan bangku.

6. Kepala Katil/Feature Wall
Kepala katil biasanya memudahkan untuk bersandar, menonton televisyen dan membaca buku. Menghiasi dinding di belakangnya juga memberi kesan kepada keseluruhan ruang.

Pilih samada memasang gambar berbingkai atau cermin di atas kepala katil. Ini akan menyerlahkan dinding utama bilik. Cermin dapat memberi kesan visual menarik. Apatah lagi jika dindingnya bertentangan dengan tingkap.

Hiasan pada dinding di atas kepala katil tidak semestinya mahal. Asal nampak hebat bila tahu menggayakannya. Gambar tumbuh-tumbuhan akan mengingatkan kepada alam semulajadi yang damai.

7. Aksesori Lain
Bilik bersifat peribadi. Kita akan menghabiskan banyak masa di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati dan yang menjadi pilihan.
Ada pelbagai pilihan seperti wangian, bunga segar, lilin, buku, arca dan gambar berbingkai. Ini juga menolak pendapat dimana hiasan menarik hanya sesuai diletakkan di ruang tamu. Bilik tidur juga ada keistimewaan dan karya seninya sendiri.

Promosi Syawal RedDiamondHouse bernilai RM24,500.00 akan tamat 14 Julai 2018 nanti. Ini termasuk Baju Raya Berupa Kain Langsir bernilai RM7,000.00.

Kenali Reddiamondhouse-Kontraktor Bina Rumah Kelantan 

Hubungi segera RedDiamondHouse melalui talian 0139300025

ATAU

Hadir sendiri ke pejabat kami di Tingkat 2, PT 4937, Bandar Baru Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

RedDiamondHouse –
‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’
‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5’

#reddiamondhouse #kamibinadengankasihsayang #bare5bintanghargakaki5 #rumahmampumilikhargaWOW


Facebook


Twitter


Whatsapp

Follow by Email
YouTube
Instagram