SERABUT DENGAN WAYAR YANG BERSELIRAT? INI ANTARA IDEA YANG TERBAIK UNTUK SEMBUNYIKANNYA.

TEKNOLOGI. Satu perkara yang sangat memudahkan kehidupan seharian manusia. Namun, tidak kira betapa pintarnya ciptaan tersebut, pasti ianya ada kekurangan. Ini termasuklah peralatan gadget atau elektronik yang mempunyai wayar atau kabel yang berselirat dan berpintal – pintal.

BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI, INI CARANYA.

Contohnya :

  1. Televisyen.
  2. Wi-fi
  3. Telefon.
  4. Komputer.
  5. Dan lain-lain.

Ini bukan sahaja membuatkan para penghuni rimas, malah memburukkan pemandangan. Wayar – wayar yang berselirat ini bukan sahaja mengganggu dan menyakitkan mata malah turut membantutkan aktiviti untuk mengemas rumah. Apa yang pasti, kita akan selitkan sahaja wayar atau kabel dimana-mana sahaja. Selagi boleh disorok, selagi itu kita akan sorokkannya. Namun, apabila ianya sudah terlalu banyak, panjang dan berbelit, mahu atau tidak terpaksa membiarkannya berjuntai dan tidak kemas. Seterusnya mencacatkan pemandangan dalaman rumah.

REKAAN KEDIAMAN TERKINI REDDIAMONDHOUSE KLIK DISINI.

Tahukah anda? Anda boleh menukar suasana ‘serabut’ itu menjadi lebih kemas dan teratur. Bagaimana caranya? Tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, hanya menggunakan sedikit kreativiti sudah mampu untuk menjadikan ruang kediaman anda lebih selesa dan sedap mata memandang.

RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan, berkongsi dengan anda mengenai idea yang sangat menarik ini. Semoga ianya menjadi panduan kepada anda semua.

Follow by Email
YouTube
Instagram