TIPS MEMILIH KONTRAKTOR

Bukan mudah untuk mendapatkan kontraktor binaan yang boleh dipercayai dan dapat melaksanakan kerja pembinaan dengan baik . Ini kerana pemilihan kontraktor memberi impak yang besar dalam kelancaran proses pembinaan.Pemilihan kontraktor yang lebih pengalaman amatlah disyorkan.

Kami berikan 3 tip penting yang dapat dijadikan panduan untuk anda mencari dan memilih kontraktor pembinaan yang boleh dipercayai berdasarkan rekod dan pengalaman mereka.

Tip Pertama : Kontraktor yang dipilih mestilah kontraktor yang berdaftar dengan CIDB.
Pilih kontraktor yang mempunyai lesen perniagaan yang sah. Mereka mestilah berdaftar dengan pendaftar perniagaan.
Kontraktor juga mestilah berdaftar dengan CIDB dan mempunyai lesen sah untuk menjalankan kerja-kerja binaan. Pencarian kontraktor boleh dilakukan dengan menggunakan link ini  :

Tip Kedua : Mempunyai Rekod dan Pengalaman Kerja Yang Baik.
Minta kontraktor berikan rekod kerja mereka yang lepas sebagai rujukan anda untuk melihat hasil kerja mereka.
Anda boleh melihat profil syarikat kontraktor untuk menilai rekod prestasi dan pengalaman mereka sebelum ini.

Tip Ketiga – Boleh dihubungi melalui talian dan alamat yang jelas dan tepat.
Kontraktor mestilah mempunyai alamat premis urusniaga yang sahih keujudannya. Ini boleh dilihat dari kad bisnes mereka. Melalui kad bisnes maklumat seperti alamat, nombor telefon atau akaun emel boleh diperolehi apabila anda mahu menghubungi mereka.
Dalam dunia digital sekarang, kontraktor tersebut juga patut mempunyai website, blog, FB Page atau akaun media sosial lain bagi memudahkan anda membuat rujukan secara online terhadap kerja dan prestasi mereka.

‘Beraya Dengan Kasih Sayang’ sedang  berjalan sepanjang Syawal 1439H.

RedDiamondHouse boleh dihubungi melalui talian 0139300025 ATAU hadir sendiri ke pejabat kami di Tingkat 2, PT 4937, Bandar Baru Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

RedDiamondHouse – ‘Kami Bina Dengan Kasih Sayang’  ‘Bare 5 Bintang, Harga Kaki 5’

Follow by Email
YouTube
Instagram