Dalam kalangan kita, ada yang mengambil mudah berkenaan penggunaan meja kopi. Khususnya pada ruang tamu. Tahukah anda? Meja kopi memainkan peranan penting dalam menyerikan lagi ruang tamu. Selain itu, ia menjadi titik pusat bagi sesebuah ruang tamu.

Tanpa meja kopi, tak lengkap rasanya ruang tamu itu.

RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan mahu berkongsi dengan anda berkenaan Cara Menghias Meja Kopi. Terutama di bahagian ruang tamu anda.

 
Foto Hias.my

Untuk pengetahuan anda, meja kopi dijadikan titik pusat sesebuah ruang tamu. Dalam menyusun ruang tamu, meja kopi selalu menjadi panduan ketika menyusun set sofa. Ia juga turut memainkan peranan  sebagai tempat menghidangkan minuman atau makanan ringkas kepada tetamu. Meja kopi juga dijadikan tempat menyimpan bahan bacaan.

Foto Hias.my

Pemilihan dan dekorasi pada meja kopi perlu diambil perhatian. Penting bagi mereka yang mahukan ruang tamu yang lebih menarik dan selesa. Ini kerana ia perlu bagi mengelakkan daripada kelihatan bosan. Antara hiasan meja kopi yang menarik adalah dengan menggunakan cengkerang. Ia mudah didapati di persisir pantai. Penggunaan cengkerang sebagai hiasan sangat menarik. Meja kopi mampu menjadi penyumbang kepada keserian ruang tamu anda.

Foto Hias.my
Foto Hias.my

Dekorasi seterusnya adalah menggunakan pasu kaca. Meletakkan sesuatu yang lebih tinggi di atas meja kopi sangat sesuai. Terutama bagi meja bersaiz lebar dan rendah.

 

Foto Hias.my

Contohnya seperti dalam gambar. Tumbuhan hijau diletakkan dalam pasu kecil. Ianya kelihatan cantik dan menambahkan keserian ruang tersebut. Sekaligus menjadikan meja nampak lebih menarik.

Foto Hias.my

Selain itu, gunakan pasu bunga sebagai dekorasi meja kopi anda. Itu pun jika anda tidak kisah jika meja anda  kelihatan sempit. Meja akan lebih menarik terutamanya jika bunga yang dipilih menarik.

Foto Hias.my

Contohnya seperti di dalam gambar. 3 biji pasu boleh dijadikan idea menarik untuk menghias meja kopi di ruang tamu. Nampak ‘simple’ tapi ia amat menenangkan. Terutamanya untuk meja yang rendah.

Pasu akan lebih menonjol dan menyerlah jika menggunakan pasu yang paling kecil dengan dua warna kontra cerah dan gelap

Foto Hias.my

Menggunakan hanya satu tona warna dalam dekorasi meja kopi adalah strategi yang berani. Ia akan lebih menyerlah jika padanan warna yang sama antara dekor dan meja.

Foto Hias.my

Salah satu cara lain adalah menggunakan botol kaca ‘transparent’. Ia terpulang pada anda jika mahu memilih yang berwarna ataupun tidak berwarna. Bergantung kepada kreativiti sendiri, anda boleh isikan botol dengan sesuatu yang unik.

Foto Hias.my

Gambar di atas menunjukkan penggunaan 3 meja yang berbeza saiz dan ketinggian. Selain itu, ia turut dihiasi dengan botol kaca. Sekaligus memberi sentuhan menarik pada meja kopi anda.

Follow by Email
YouTube
Instagram