Buat pengetahuan anda, langsir adalah elemen penting dalam hiasan dalaman kediaman kita. Tahukah anda? Guna langsir sahaja dapat menyerlahkan keserian ruang kediaman. Contohnya, dengan menggunakan teknik yang betul, kediaman yang sempit akan kelihatan lebih luas daripada kebiasaannya.
Pilih Langsir Mengikut Kesesuaian Dinding.
Oleh itu, Reddiamondhouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan mahu berkongsi beberapa Tips dalam Memilih Saiz & Memasang Langsir Yang Sempurna.
Kenali Reddiamondhouse disini.
KELEBARAN LANGSIR :
Kesalahan Lazim : Lebar tingkap diukur mengikut bingkai secara kebiasaannya. Oleh itu, railing yang dipasang mempunyai saiz lebih kurang dengan lebar tingkap. Cara sebegini boleh menyebabkan banyak daun langsir menutupi bahagian tingkap. Oleh itu, ia dapat mengehadkan kemasukan cahaya secara telus pada kediaman. Selain itu, ia juga dapat menyebabkan kesan visual ruang kediaman nampak lebih kecil dan sempit.

Cara Yang Betul : Pastikan railing atau rod langsir mempunyai kelebaran yang lebih pada bahagian kiri dan kanan tingkap. Ini antara kaedah mendapatkan kesan yang lebih menarik. Formula asasnya adalah seperti berikut :
- Ukur lebar bingkai tingkap. (Katakan 100 inci)
- Kirakan 25% daripadanya (25% daripada 100 inci adalah 25 inci)
- Bahagikan dengan 2 (25 inci bahagi 2 adalah 12 ½ inci)

KETINGGIAN LANGSIR :
Kesalahan Lazim : Dalam kalangan kita, ada yang lebih suka meletakkan rod langsir di atas bingkai tingkap. Sebenarnya, ini dapat memberi kesan visual yang kurang menarik untuk ruangan anda. Ia boleh menyebabkan siling rumah anda kelihatan lebih rendah. Natijahnya, ia akan membuatkan ruangan itu kelihatan sempit.
Betul Ke? Ganti Langsir Je Rumah Confirm Cantik?
Cara Yang Betul : Letakkan rod langsir lebih tinggi. Itu adalah lebih sesuai untuk ketinggian langsir yang sepatutnya. Boleh juga letakkan hingga hampir ke siling. Ini bagi mendapatkan kesan double volume untuk ruangan tersebut berkenaan. Elakkan menutupi bahagian ‘cornice jika ada.

PANJANG LANGSIR :
Pastikan langsir yang dipasang tidak tergantung di bahagian kaki.Untuk dapatkan kesan visual double volume, pastikan langsir mencecah lantai.