Perkara pertama yang kita akan lihat jika masuk dalam rumah adalah Feature Wall. Ciri-ciri yang terdapat pada Feature Wall ini membuatkan ia berbeza dengan yang lain.Jika mahukan satu kelainan buat kediaman anda, Feature Wall adalah satu solusinya.Untuk menonjolkan keistimewaan pada ruang itu, wujudkan satu titik fokus yang menarik bagi menambah keserian ruang kediaman anda.
Oleh itu, RedDiamondHouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan nak bagi tips untuk memilih Feature Wall dan menghias mengikut kesesuaian ruangan anda.
TIPS PERTAMA
Elakkan dinding bertingkap atau pintu ketika memilih Feature Wall anda. Ia sepatutnya menjadi titik fokus ruangan kediaman anda. Bukaan seperti tingkap mahupun sebarang objek hanya akan mengalihkan tumpuan pada dinding utama.
TIPS KEDUA
Berani dalam bereksperimentasi dengan warna. Contohnya, padanan warna gelap dengan warna yang lebih neutral pada dinding. Ini dapat memberi kesan yang lebih menarik dan dramatik pada sesuatu ruangan. Selain itu, ia dapat mewujudkan kontras warna yang sangat menarik. Dengan ini, Feature Wall yang dicipta dapat menarik perhatian para tetamu yang datang berkunjung.
TIPS KETIGA
Ambil tahu berkenaan posisi perabot sebelum memilih warna cat pada dinding utama anda. Ini bagi mewujudkan padanan yang ideal antara dinding utama dan perabot. Warna yang dipilih juga haruslah menonjol. Ini bagi mengelakkan hiasan ruangan anda tidak tenggelam.
TIPS KEEMPAT
Susunan perabot pada Feature Wall harus diambil berat oleh penghuni. Ini membantu menonjolkan Feature Wall yang dipilih. Tambahan, bagi mendapatkan kesan yang maksima, teknik pencahayaan juga harus dititikberatkan.
Lihat Penataan Cahaya Untuk Setiap Ruang Kediaman Kita disini.
TIPS KELIMA
Gunakan wallpaper atau bina rak buku custom. Ini dapat menambahkan lagi nilai estaetika pada Feature Wall anda. Ini adalah antara cara lain selain mengecat dinding utama anda.
Lihat Spesifikasi Binaan ReddiamondHouse.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk membuat Feature Wall pada ruang kediaman. Berani dalam bereksperimentasi dengan ruang bagi mewujudkan hiasan dalaman yang menarik untuk kediaman anda. Gunakan kreativiti anda. Selamat Mencuba!