Siapa sangka jika dahulu, kediaman yang cantik hanya sekadar impian. Apatah lagi untuk memilikinya. Kini, ianya lebih mudah dengan adanya pelbagai kaedah perkhidmatan untuk merealisasikan kediaman impian. Namun, tahukah anda? Trend hiasan dalaman mengalami perubahan dari tahun ke tahun. Oleh itu, Reddiamondhouse – Kontraktor Bina Rumah Kelantan menyenaraikan HOT 10 trend hiasan dalaman pada tahun 2019 ini.
- BOHO VIBES.
Boho memiliki pengaruh gaya dari Bohemian dan Hippie. Ianya popular pada tahun 1960-an. Kini ia kembali dengan sentuhan dan olahan vintage moden. Gaya dekorasi Boho untuk tahun 2019 ini kelihatan bersih, kemas dan teratur. Berbeza seperti dahulu, ianya lebih sarat dengan warna dan corak. Daripada segi pemiihan perabot gaya Boho pada tahun ini pula lebih mengetengahkan rekaan berbentuk curve.
- AKSESORI BUATAN TANGAN.
Aksesori buatan tangan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran kini dengan olahan mengikut gaya masa kini. Di samping itu, terdapat bazar-bazar yang mempamerkan barangan hasil buatan tempatan. Ini sekaligus menggalakkan pertumbuhan bidang ini yang bukan sahaja menjual produk dengan rekaan yang menarik tetapi mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. Sekarang, makin ramai yang lebih kreatif dan gemar menghasilkan produk dekorasi mereka sendiri.
- 90% PUTIH, 10% BERWARNA.
Inginkan kediaman kelihatan lebih luas dan menjadi insta worthy ? Kini semakin ramai gemar akan warna rona putih sebagai dominasi utama kediaman mereka. Impaknya, hiasan dalaman kediaman lebih tenang, santai malah memberi kesan visual yang menarik. Selain itu, segala perincian pada perabot terutamanya dan aksesori dapat ditonjolkan serta dinikmati secara keseluruhannya.
- TONA TANAH.
Rona lembut tanah seperti coklat, kelabu dan hijau juga menjadin pilihan. Bukan warna putih sahaja yang menjadi dominan untuk kediaman. Ia menjadi pilihan kerana rona tanah ini lebih menenangkan dan mudah untuk disuai padan. Dijangka tona tanah atau earthy tone ini menjadi pilihan utama tahun ini tidak kira dekorasi berkonsepkan apa sahaja.
- MESRA ALAM.
Penjagaan alam sekitar yang lestari merangkumi semua aspek. Ini termasuklah produk atau dekorasi kediaman yang mempunyai ciri-ciri mesra alam. Antara produk mesra alam yang menonjol pada tahun ini adalah seperti cat, vertical garden, kayu artificial dan sebagainya.
- KERTAS DINDING DAN FABRIK FLORAL.
Corak bunga yang klasik dan menarik memenuhi kehendak para pemilik yang minat akan gaya vintage. Bukan sahaja trend ini sesuai digayakan dengan berkonsepkan inggeris tetapi ia boleh diberi dengan nafas yang baharu kepada persekitaran yang lebih moden jika bijak dalam memadankannya.
Nak Guna Wallpaper? Ini Cara Yang Sebenarnya, baca disini.
- BACKSPLASH MENONJOL.
Salah satu trend yang akan menyerikan tahun 2019 ini adalah jubin dinding backsplash. Ini kerana ia menjadi daya penarik seperti titik fokal untuk ruangan dapur. Pemilihan jubin bercorak denngan rona warna yang ceria dapat memberi keserian pada ruangan dapur.
Panduan Pilih Dinding Yang Tepat Untuk Dijadikan Feature Wall.
- PERABOT AKRILIK.
Fizikalnya seperti kaca dan daya tahannya umpama keluli. Itu lah yang boleh diungkap mengenai akrilik. Perabot akrilik adalah gabungan sempurna cantik serta kukuh dengan aura classy. Namun begitu, ia memerlukan rejim penjagaan yang rapi untuk memastikan ianya bertahan lebih lama.
- KEMASAN GELAP.
Pada tahun ini, kemasan yang bertona lebih suram atau gelap akan menjadi pilihan pereka dalaman mahupun pemilik. Jadi tiada lagi lagi permukaan kaunter putih berkilat di dapur. Batu marmar masih menjadi pilihan yang klasik. Namun, rona yang lebih gelap akan diberi keutaman.
- MULTI FUNGSI DAN KOMPAK
Penggunaan perabot multifungsi merupakan salah satu langkah penjimatan ruang yang praktikal. Pengguna bijak akan memilih untuk menggunakan perabot multi fungsi dan kompak untuk menghiasi kediaman untuk tahun 2019.
DEFINISI PERKATAAN KLIK DISINI.